HUMAN THUNDER – a short English story about a Malaysian Super Hero



Ahmad is a boy who lives in a village. He is 12 years old. One day, he plays football with his friend in the play field. After sometimes, the sky turns black. Its going to rain. Wind blows very hard. Ahmad and his friends do not stop playing. They are very happy playing at the play field.

Suddenly, a thunder strikes Ahmad. Ahmad falls down unconsciously. His friends runaway except Ali and Karim. Both of them turn panic. Ali cries for help. He tells Karim to ask for help. Ali holds Ahmad and tries to wake him. Nothing happen to Ahmad.

After a few minutes, Karim comes with his father. They carry Ahmad and send him to the hospital with a car.

At the hospital, they are many people try to help Ahmad. Ahmad still unconscious.

After a few days, Ahmad wakes up. He fells hurt on his chest. He opens his shirt and sees a burning mark on his chest. A nurse tells him that he was stroked by a lightning. Ahmad asks for a permission from a doctor to return to his home. The doctor does not allow him until his father comes.

Ahmad's father, Encik Saiful comes to the hospital with Puan Salmah, Ahmad's mother. They ask the doctor how is the condition of Ahmad. Doctor tells he is fine. They are allowed to go home.

Ahmad confuses. He does not know what happen to him after the strike of lightning. He asks his father, Encik Saiful. He said: “You are seriously injured. Karim's father brought you to this hospital. You were unconscious for 2 days.”

Puan Salmah said: “Thank God you are save. Nothing bad happen to you.”

Encik Saiful continued: “Thank God, you are still alive.”

They walk to the car park where Encik Saiful parked his car.

Let's go home,” said Encik Saiful.

......

Next day, Ahmad wake-up from his bed. He feels a lot better today. This evening, he plans to go the play field to play football with his friend.

How are you Ahmad?” ask Ali.

I'm fine. Thank you.”

Can I play?”

Yes, of course?”

Suddenly, a dog barks. It came from no where. A dog runs to Ahmad and try to bite him. Ahmad puts his hand towards the dog. A flash of light comes out and strikes the dog. The dog died.

What the...” said Ahmad.

Ahmad, what happen?”

It tried to bite me. So I did this.” He shows his hand. He puts his hand towards the dog.

The dog has died. You killed the dog..”

They amazed and shocked.

Let's go home.” They see many people at the play field look at them.

Ahmad confused. Something amazing happen to him and to the dog. He keeps quite. He thinks that the lightning comes out from his hand and killed the dog.

Poor dog.” Ahmad whispers. He look at his hand. “Where's the light come from?” He asks himself.
Ali also confused. Ali asks from Ahmad to go home. He scared for what happened.

On the way back to his home, Ahmad stops by a shop. He wants to buy some candies. Suddenly, a man rushes in the shop. He asks for money. He is a robber. Ahmad puts his hand towards the man. A stripe of lightning comes out and hits the robber. He falls down. “Ah, its hurt. What you did to me?” He feels afraid. He wakes up and runs away without looking back.

“Thanks boy. You have saved me and my shop.” Said Pak Hasan, the shopper.

Ahmad realizes that his hand has a power of lightning. He feels happy.

Now I know how to control this power.”

He rushes to his bicycle and ride back home.


[The End]

Do you enjoy this story?
I hope that this story can be published and saves many lives :-)
Feel free to contact me via facebook or e-mail (azharesli@gmail.com)

REVOLUSI HAYAT





Hidup perlu ada revolusi. Perubahan ke arah kebaikan yg lebih baik dari semalam.

Mengapa perlu revolusi dalam kehidupan, kerana Allah menghendakkan begitu. Firman Allah bermaksud: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubahnya sendiri.”

Dalam gerak langkah menuju kebaikan, kita tidak lepas dari tersadung akar kesilapan. Juga tidak lepas dari terpijak duri dugaan. Yang bernama kehidupan juga tidak lari dari sangkar maut. Kita diingatkan setiap hari dalam bacaan solat. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Lapis-lapis bumi menunggu kita untuk bersemadi. Maka sebelum itu, kita wajib berjasa kepada kerak bumi. Dan jiwaku ini kelak jika tiada siapa mengenang di bumi,maka aku ingin di kenang makhluk di langit.

Aku ingin merovolusikan seluruh hayatku kepada Allah azza wajalla. Apa yg aku mampu ialah menulis di atas kanvas putih maya ini. Kelak jika tiada siapa yang menyedari bila matiku, tulisanku ini adalah bukti saksi kewujudanku di mayapada. Aku tidak mengharap anugerah dan pujian dari sesiapa. Jangan memuji kerana pujian itu kelak bakal memakan semangat diri untuk berubah.

Tempias perubahan mula membasahi rona diri. Walaupun basah langkah ini perlu diteruskan. Alhamdulillah ada tempat berteduh di rumah yg kunamakan mahligai hayat. Hujan menimpa membasuh kesedihan diri selepas ditinggalkan.

Lontaran nasihat dari ayahanda membongkar kelemahan dan kelelahan diri. Lelah untuk melangkah dalam seribu kelemahan. Angin nasihat yang menyapa meniup bara membakar semangat juang diri untuk terus hidup dan berubah.

Senyum tawa riang anakanda pengubat jiwa lara.

Entah sampai bila. Mungkin sampai jasadi ini bersemadi dalam kerak bumi, bersarmadi.
Kantung kebajikan masih penuh untuk menyara hidup. Begitulah riak makan gaji. Sesekali rasa untuk bangun berniaga, tapi belum cukup bertenaga. Bisnes perlukan pencapaian. Apa yang ingin dicapai? Kekayaan? Apakah kekayaan itu bisa merevolusikan hayat diri? Atau sekadar memuaskan nafsu dan terhenti bila direnggut nyawa oleh malaikat yang menanti. Sedar diri.

Langkah menuju kemewahan tidak pasti. Rasa cukup andai dapat membayar kereta, rumah dan PTPTN. Mahu beristeri, entah siapa yang sudi.

Nyalaan obor hayat tidak semarak dulu. Dulu berkobar-kobar dengan semangat menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Kini longlai di taman Astakona.

Tiada daya upayaku melainkan daya upaya yg diberikan Allah. Lahaulawala quwwata illa billahil aliyyil azim..












TRANSFORMASI ILMU (part 3) - MEMBINA PSIKOLOGI DAN FIKRAH KENABIAN



Amalan membina fikrah sebenarnya telah bermula sejak pengutusan para nabi dan Rasul. Mereka mengajak manusia mengesakan Allah dan menyembahNya. Penyampaian risalah yang membina fikrah manusia telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sepanjang 23 tahun, yang mana satu demi satu ayat Al-Quran dan hadis telah disampaikan oleh baginda kepada umat manusia. Rasul berjaya mengatasi kecelaruan akidah dan pemikiran yang berlaku pada zaman jahiliyah dan mengembalikan mereka kepada akidah yang satu.

Inilah fikrah kenabian yang dituntut oleh para daie untuk mencarinya. Pada diri nabi rasa bertuhan yang sangat tinggi, ketakwaan dan keyakinan kepada Allah mengatasi keyakinan kepada yang lain. Kita tidak boleh atau mustahil untuk menjadi nabi kerana darjatnya berbeza dengan darjat manusia biasa, akan tetapi kita dapat mencari norma-norma kehidupan yang dijalani oleh para nabi seperti rendah hati, tawaduk, zuhud, bertaqwa, sabar, ikhlas, mencintai kebaikan, mencintai ilmu, soleh dan sebagainya.

Mengapa perlu fikrah kenabian?

Antara sebab mengapa perlunya seseorang muslim atau daie itu berfikir seperti nabi ialah kerana kita dituntut mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh cintaNya. Tidak ada cara lain untuk mendekatkan diri kepada Allah selain ‘bertawasul’ atau berwasilahkan jalan ketaqwaan yang ditunjukkan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah: Katakanlah sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya kamu dicintai Allah. Cinta Allah adalah segala-galanya di dunia. Orang yang dicintai Allah sentiasa dekat dan sayang kepada Nya. Orang yang dicintai Allah, dosanya sentiasa diampunkan apabila dipohon.

Kedua, fikrah kenabian menyelamatkan kita dari berbuat dosa.

Ketiga, fikrah kenabian membawa kepada perpaduan dan kesejahteraan hidup.

Keempat, fikrah kenabian  menyelamatkan kita dari kesesatan.

Kelima, fikrah kenabian meningkatkan darjat ketaqwaan, bukan mengasingkan kita dari manusia biasa tetapi digolongkan bersama-sama orang yang beriman dan bertaqwa.

Keenam, fikrah kenabian melayakkan kita untuk mendapat keredhaan dan syurga. Apabila kita  sentiasa berfikir mengenai agama Allah, kita akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan rohani supaya iman sentiasa tebal dalam diri dan mengelakkan diri dari melakukan maksiat.

Ketujuh, fikrah kenabian adalah ciri-ciri manusia yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Luqmanul Hakim adalah seorang yang bijaksana walaupun beliau bukan Nabi sehingga nama dan untaian nasihatnya terukir di dalam Al-Quran. Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta para sahabat salafussoleh adalah orang yang bijaksana kerana mempunyai fikrah kenabian ini. Fikir mereka tidak lain ialah untuk mengembangkan Islam dan mendaulatkannya, melebihi kepentingan duniawi.

Kelapan, fikrah kenabian mencerminkan akhlak yang terpuji, mendidik diri untuk sentiasa jujur dan dipercayai. Nabi Muhammad saw dikenali sebagai Al-Amin atau orang yang jujur, amanah dan dipercayai oleh masyarakat Arab. Kerana ketinggian akalbudinya maka baginda telah dilantik sebagai jurudamai dan peniaga yang berjaya.

Kesembilan, fikrah kenabian adalah sumber ilmu yang suci. Allah menganugerahkan fikrah kenabian kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan juga kepada sesiapa yang berusaha ke arah mensucikan diri.

Kesepuluh, fikrah kenabian adalah permata akhir zaman. Sesiapa yang berfikir atas dasar keimanan dan ketaqwaan, maka Allah menunjukkan dia kepada jalan yang lurus. Kesibukan dunia tidak menghalang dia dari mengingati Allah dan Allah sentiasa ingat kepadanya.

Bagaimana memperoleh fikrah kenabian?

Pertama, sentiasa berfikir mengenai kebesaran Allah pada makhluk, alam dan kejadian diri.
Kedua, bermohon kepada Allah agar Allah memberikan taufik dan hidayah.
Ketiga, sentiasa berzikir mengingati Allah setiap waktu dan ketika.
Keempat, mengutamakan pembacaan Al-Quran dan hadis Nabi saw serta mengambil tauladan dan pengajaran dari pembacaan Al-Quran dan hadis.
Kelima, membaca buku-buku yang membina fikrah, psikologi dan sejarah.
Keenam, terapikan diri dengan solat dan ibadah, serta istiqomah dalam melakukannya.
Ketujuh, mengasingkan diri dari berfikir mengenai keburukan orang lain dan sentiasa memikirkan mengenai kebaikan.
Dan lain-lain...

Oleh itu, adalah digalakkan kepada kita untuk mencari jalan untuk membina fikrah kenabian dalam diri sebab nabi tidak meninggalkan harta kepada kita, kecuali ilmu dan fikrah yang benar untuk keselamatan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa mendapat rahmat, keampunan dan kebahagiaan sebagaimana rahmat keampunan dan kebahagiaan yang dianugerahkan kepada para anbiya dan solehin. Amin..


TRANSFORMASI ILMU (part 2) - PEMBINAAN FIKRAH ASAS PERPADUAN



Tak ramai yang memperkatakan mengenai pembinaan fikrah sebagai asas perpaduan. Pembinaan fikrah sinonim dengan pembinaan mental, minda atau pemikiran. Antara individu atau golongan yang memperkatakan mengenai kepentingan pembinaan fikrah ialah Allamah Muhammad Iqbal (Reconstruction of Thought) dan Imam Hasan Al-Banna (pertubuhan Ikhwanul Muslimin) di Mesir pada tahun 1920-an, iaitu ketika kejatuhan empayar atau khilafah Islamiyah di Turki. 

Amalan membina fikrah sebenarnya telah bermula sejak pengutusan para nabi dan Rasul. Mereka mengajak manusia mengesakan Allah dan menyembahNya. Penyampaian risalah yang membina fikrah manusia telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sepanjang 23 tahun, yang mana satu demi satu ayat Al-Quran dan hadis telah disampaikan oleh baginda kepada umat manusia. Rasul berjaya mengatasi kecelaruan akidah dan pemikiran yang berlaku pada zaman jahiliyah dan mengembalikan mereka kepada akidah yang satu. Penjelasan terhadap risalah itu pula telah disampaikan oleh para sahabat r.a. setelah ketiadaan baginda. Islam telah berkembang ke serata dunia hasil kesungguhan para ulama dan ilmuan Islam serta para mujaddid.
Perkembangan dunia Islam sebelum itu menekankan kepada pembinaan tamadun dan fikrah ilmu sejak dari kemunculan Islam di Madinah, Baghdad (Iraq), Andalus (Sepanyol) dan Constantinople (Turki).  Legasi atau tinggalan tamadun itu masih ada dan kelihatan sehingga kini pada binaan dan tulisan.

Antara penyebab pudarnya kegemilangan Islam pada masa kini ialah jatuhnya ketamadunan ilmu dan peradaban. Islam sangat menitikberatkan soal penuntutan ilmu pengetahuan di kalangan umat untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi. Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mahukan dunia maka (tuntutlah) ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka (tuntutlah) ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan (menuntut) ilmu. Kefahaman yang jelas terhadap hadis ini dan juga hadis atau nas al-Quran yang lain mengenai kepentingan ilmu menyebabkan umat begitu dahagakan ilmu pengetahuan. Hasilnya umat menjadi sangat maju dan berjaya membina ketamadunan berasaskan ilmu pengetahuan. Tamadun barat juga di katakan berkembang kerana mendapat manfaat daripada ilmu yang diasaskan oleh ilmuan Islam. Ilmulah yang membina fikrah ummah pada ketika itu. Mereka juga bersatu atas dasar kecerdikan ilmu dan hikmah.
Pembinaan fikrah adalah sangat penting untuk membina perpaduan di kalangan umat. Fikrah yang terbina atas asas islam dan ilmu dapat mencorakkan perpaduan di kalangan umat islam yang berpecah belah sejak kewafatan Nabi saw. Selepas wafat Nabi Muhammad saw (selaku murabbi agung), orang-orang islam mula berpecah, bermula dari pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Ramai yang tidak bersetuju dan menubuhkan kumpulan menentang pelantikan tersebut dengan mengatakan Saidina Ali lebih layak. Sejak dari itu muncul kumpulan Syiah dan pecahannya.

Selepas daripada itu muncul pelbagai kumpulan yang mengaku memperjuangkan akidah Islam seperti Jabariah, Qodariah, Muktazilah, jahmiyah dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tidak ketinggalan kemunculan pelbagai fahaman moden baharu berteraskan falsafah seperti bahai, Wahdatul Wujud, ateis dan sebagainya. Hari ini wujud pula pelbagai cabang pemikiran seperti humanisme, nasionalisme, komunisme, liberalisme dan pluralisme.

Sebab utama yang membiakkan pelbagai fikrah dan fahaman tersebut ialah penggunaan akal yang terbatas mengatasi penggunaan wahyu ilahi. Oleh sebab itu pembinaan fikrah berdasarkan wahyu ilahi sangat penting untuk mengembalikan semula perpaduan di kalangan umat Islam. Fikrah menggunakan logik akal fikiran (al-Wa’yu) tidak pula menyalahi asas fikratul Islam yang telah thabit (tetap) seperti Maqosid Syarak, mazhab (feqh), akidah dan akhlaq.

Para ulama (aktivis ilmu) perlu mengenengahkan keperluan pembinaan fikrah samada yang bersifat lokal atau global berdasarkan ajaran Islam. Pada hari ini, suasana persekitaran seperti globalisasi dan dasar langit terbuka telah menyebabkan agama Islam diserang oleh pelbagai anasir buruk yang dahulunya di anggap sebagai perbezaan pendapat biasa, atas alasan kebebasan berfikir dan hak, mencetuskan Islamofobia dengan menuduh Islam menggalakkan keganasan, seks dan penghinaan terhadap nabi melalui penerbitan filem dan percetakan. Ramai orang yang tidak mengetahui kebenaran telah terpengaruh dan terpedaya untuk menentang Islam. Oleh itu pembinaan fikrah yang benar sangat penting agar mereka dapat mengetahui kebenaran dan tidak terpedaya atau terpengaruh dengan anasir-anasir buruk.  

Asas pembinaan fikrah yang pertama ialah kefahaman. Ia bermula dari pendidikan asas, fardu ain dan fardu kifayah. Kefahaman yang jelas juga mesti berpaksikan Al-Quran, as-sunnah, ijmak ulama dan qiyas (sumber Islam yang autentik) yang telah thabit sejak zaman-berzaman. Perbezaan pendapat yang berasal dari kepelbagaian pemikiran sebenarnya tidaklah menghalang perpaduan, jika matlamatnya sama. Jika perbezaan pendapat itu melarat membawa kepada kecelaruan akidah dan perpecahan, maka Islam menyarankan kita kembali kepada Allah dan Rasul. Firman Allah: Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan Rasul. 

Kefahaman itu disusuli pula oleh gerakerja, tindakan dan amalan yang juga berpaksikan sumber Islam yang autentik itu. Allah juga menyarankan kepada kita supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam sepertimana firman Allah yang berbunyi: (Dan berpegangteguhlah kamu kepada tali Allah kesemuanya dan jangan berpecah belah);

Kesimpulannya, adalah signifikan sekali gerakerja yang bermula daripada pembinaan fikrah, kerana fikrah yang terbina itu membawa kepada perpaduan yang kita cita-citakan.

~KE ARAH KEAMANAN DAN KESELAMATAN SEJAGAT







TRANSFORMASI PENDIDIKAN INFORMAL


Pendidikan informal bermaksud pendidikan di luar sekolah, iaitu bentuk pendidikan luar sedar, di mana seseorang itu secara tidak langsung dapat menggarap maklumat, memahaminya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Isu ini kurang mendapat perhatian, oleh sebab itu, terdapat lompang-lompang atau kekurangan di negara kita, di mana media banyak memainkan peranan, sama ada media cetak atau media massa (televisyen, radio dan  internet). Di sekeliling kita, secara tidak disedari,  kita didedahkan dengan bahan-bahan bacaan seperti majalah dan suratkhabar secara terbuka ia membentuk minda dan cara berfikir. Adakah perkara ini difikirkan oleh para pemikir di Malaysia dengan serius?  Kehadirannya tidak disedari tetapi memberi impak yang kuat, membentuk pemikiran serta peribadi. Terjadinya banyak gejala sosial kerana keadaan di luar sekolah ini tidak terkawal. Bagaimana mengawalnya sebagaimana diajarkan oleh Islam dan Rasulullah saw?

Dalam persekitaran terbuka ini, adalah mustahil untuk mengawal kemasukan material ini dalam masyarakat sivil, atas alasan kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara, kebebasan hakcetak dan sebagainya. Jika diperhalusi, material/bahan inilah yang menyumbang ke arah perubahan pemikiran yang negatif seperti anasir syiah, liberalisme, pluralisme, yahudi dan sebagainya. Perkembangan ini menjadi ancaman kepada masyakat seluruhnya, kerana akal fikiran belia dan remaja khususnya yang sepatutnya menjadi modal insan yang diharap-harapkan oleh kerajaan untuk membangunkan negara dan menjadi harapan bangsa di masa hadapan.;

Bertitik tolak daripada kebimbangan ini, dicadangkan agar kita secara kolektif bersama-sama mewujudkan persekitaran pendidikan informal yang lebih berstruktur, berpemantauan dan bermatlamat. Masyarakat tidak boleh dibiarkan lepas bebas dalam persekitaran yang rosak dan tidak sihat, akibatnya kelak akan membawa kerosakan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Perlu diadakan satu mekanisme untuk memantau keadaan agar keseluruhan menjadi lebih baik seperti mewujudkan program-program pendidikan khusus Sistem Usrah bagi tujuan pendidikan di setiap ceruk dan rantau, terutamanya di bandar-bandar. Media pula berperanan menyebarkan kandungan/pengisian usrah di radio dan televisyen. Media perlu membakar semangat belia dan masyarakat untuk menyertai usrah-usrah ini demi kebaikan bersama. Persoalannya bagaimana untuk menggalakkan keseluruhan masyarakat supaya mencintai usrah? Jika sesuatu masyarakat berkecenderungan tinggi terhadap politik, maka pengisian usrah boleh disampaikan dalam bentuk wacana politik. Yang penting ialah mesej-mesej disampaikan dengan baik kepada mereka. Di sinilah letaknya kebijaksanaan para pemimpin masyarakat dalam memandu pengikut mereka. Jangan bertumpu sangat kepada pilihanraya, sehingga habis segala kudrat dan tenaga digunakan semata-mata bagi tujuan itu.

Institusi keluarga juga harus dibina atas asas ini. Ibubapa perlu menggalakkan anak mereka menyertai usrah, dengan ibubapa itu sendiri yang menjadi role model. Terlalu “busy” tidak boleh menjadi alasan. Ibubapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak, berkomunikasi dengan mereka, mengajak mereka beraktiviti bersama. Hadis Nabi menyebut: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.”

Sebenarnya, sistem pendidikan informal telah ditetapkan oleh Islam. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Oleh sebab keprihatinan dan perhatian Rasulullah saw, maka persekitaran Madinah sewaktu baginda menjadi pemimpin sangat terkawal. Semua orang berasa tenang berada di Madinah, sehingga Madinah dikenali sebagai kota yang bercahaya (Madinah al-Munawwarah). Sehingga kini, suasana di Madinah masih tenang, walau dilanda arus kemodenan. Bagaimana ia terjadi? Madinah (Arab Saudi) sepatutnya di senaraikan dalam senarai bandar atau negara yang teraman di dunia di Global Peace Index, bukan di tangga ke-106 seperti pada hari ini (2012). :-(