TRANSFORMASI PENDIDIKAN INFORMAL


Pendidikan informal bermaksud pendidikan di luar sekolah, iaitu bentuk pendidikan luar sedar, di mana seseorang itu secara tidak langsung dapat menggarap maklumat, memahaminya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Isu ini kurang mendapat perhatian, oleh sebab itu, terdapat lompang-lompang atau kekurangan di negara kita, di mana media banyak memainkan peranan, sama ada media cetak atau media massa (televisyen, radio dan  internet). Di sekeliling kita, secara tidak disedari,  kita didedahkan dengan bahan-bahan bacaan seperti majalah dan suratkhabar secara terbuka ia membentuk minda dan cara berfikir. Adakah perkara ini difikirkan oleh para pemikir di Malaysia dengan serius?  Kehadirannya tidak disedari tetapi memberi impak yang kuat, membentuk pemikiran serta peribadi. Terjadinya banyak gejala sosial kerana keadaan di luar sekolah ini tidak terkawal. Bagaimana mengawalnya sebagaimana diajarkan oleh Islam dan Rasulullah saw?

Dalam persekitaran terbuka ini, adalah mustahil untuk mengawal kemasukan material ini dalam masyarakat sivil, atas alasan kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara, kebebasan hakcetak dan sebagainya. Jika diperhalusi, material/bahan inilah yang menyumbang ke arah perubahan pemikiran yang negatif seperti anasir syiah, liberalisme, pluralisme, yahudi dan sebagainya. Perkembangan ini menjadi ancaman kepada masyakat seluruhnya, kerana akal fikiran belia dan remaja khususnya yang sepatutnya menjadi modal insan yang diharap-harapkan oleh kerajaan untuk membangunkan negara dan menjadi harapan bangsa di masa hadapan.;

Bertitik tolak daripada kebimbangan ini, dicadangkan agar kita secara kolektif bersama-sama mewujudkan persekitaran pendidikan informal yang lebih berstruktur, berpemantauan dan bermatlamat. Masyarakat tidak boleh dibiarkan lepas bebas dalam persekitaran yang rosak dan tidak sihat, akibatnya kelak akan membawa kerosakan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Perlu diadakan satu mekanisme untuk memantau keadaan agar keseluruhan menjadi lebih baik seperti mewujudkan program-program pendidikan khusus Sistem Usrah bagi tujuan pendidikan di setiap ceruk dan rantau, terutamanya di bandar-bandar. Media pula berperanan menyebarkan kandungan/pengisian usrah di radio dan televisyen. Media perlu membakar semangat belia dan masyarakat untuk menyertai usrah-usrah ini demi kebaikan bersama. Persoalannya bagaimana untuk menggalakkan keseluruhan masyarakat supaya mencintai usrah? Jika sesuatu masyarakat berkecenderungan tinggi terhadap politik, maka pengisian usrah boleh disampaikan dalam bentuk wacana politik. Yang penting ialah mesej-mesej disampaikan dengan baik kepada mereka. Di sinilah letaknya kebijaksanaan para pemimpin masyarakat dalam memandu pengikut mereka. Jangan bertumpu sangat kepada pilihanraya, sehingga habis segala kudrat dan tenaga digunakan semata-mata bagi tujuan itu.

Institusi keluarga juga harus dibina atas asas ini. Ibubapa perlu menggalakkan anak mereka menyertai usrah, dengan ibubapa itu sendiri yang menjadi role model. Terlalu “busy” tidak boleh menjadi alasan. Ibubapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak, berkomunikasi dengan mereka, mengajak mereka beraktiviti bersama. Hadis Nabi menyebut: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.”

Sebenarnya, sistem pendidikan informal telah ditetapkan oleh Islam. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Oleh sebab keprihatinan dan perhatian Rasulullah saw, maka persekitaran Madinah sewaktu baginda menjadi pemimpin sangat terkawal. Semua orang berasa tenang berada di Madinah, sehingga Madinah dikenali sebagai kota yang bercahaya (Madinah al-Munawwarah). Sehingga kini, suasana di Madinah masih tenang, walau dilanda arus kemodenan. Bagaimana ia terjadi? Madinah (Arab Saudi) sepatutnya di senaraikan dalam senarai bandar atau negara yang teraman di dunia di Global Peace Index, bukan di tangga ke-106 seperti pada hari ini (2012). :-(

TRANSFORMASI ILMU DI MALAYSIA

Dunia Barat telah mengalami proses/musim transformasi (falsafah) ilmu sejak berkurun lama. Ia masih berjalan hingga sekarang dengan munculnya pelbagai alat teknologi seperti radio dan televisyen, hasil dari penemuan pelbagai teori dan ilmu berkenaan sains dan teknologi.

Malaysia tidak ketinggalan mengalami proses perubahan dalam aspek keilmuan sejak kedatangan Islam (Kesultanan Melayu Melaka) sehinggalah ke hari ini (Sains teknologi, Sains politik, Sains kemanusiaan, Ekonomi dan sebagainya)

Perkembangan ilmu di Malaysia (Tanah Melayu) berlaku secara tidak formal. Menurut sejarah, pada awalnya tiada sekolah atau sebarang institusi pendidikan. Tetapi selepas kedatangan Islam di Melaka, landskap atau persekitaran mula berubah. Masyarakat didedahkan dengan ilmu-ilmu Islam. Kemudian muncul pelbagai institusi pendidikan secara formal seperti pengajian di Istana dan pondok. Pada hari ini sekolah dan universiti adalah pusat perkembangan ilmu, di mana proses transformasi ilmu rancak berjalan.

Pada saya, transformasi ilmu adalah transformasi pengetahuan yang berada dalam minda dan dada kita. Kita dilahirkan dalam keadaan fitrah dan jahil, tidak mengetahui apa-apa. Kita dididik secara informal oleh kedua ibubapa dan dimasukkan ke sekolah. Di situ kita mengetahui banyak perkara. Ilmu dalam minda berkembang. Itulah saat transformasi ilmu yang pertama buat kita. Alam persekitaran dan masyarakat juga memberi banyak ilmu berguna buat kita. Ada ilmu yang baik dan berguna, ada juga ilmu yang tidak baik.

Tetapi apabila kita bercakap mengenai transformasi ilmu, apa yang kita maksudkan ialah sumber ilmu; apa yg kita lihat, dengar dan rasa menerusi pancaindera. Menerusi pendidikan formal dan bacaan luaslah kita mendapat ilmu yang berguna. Kita mengetahui kebenaran akan sejarah/peristiwa yang berlaku di dunia ini yang membawa kepada perkembangan ilmu, yang mana kita tidak mengetahui sebelumnya. Apa yang kita alami ialah kesedaran rasa dan pencerahan menerusi pancaindera. Sebilangan orang tidak didedahkan dengan ilmu, maka transformasi ilmu dalam mindanya tidak berlaku.

Tambahan pula, jika budaya belajar (learning culture) tidak menjadi uruf setempat, makin payah mewujudkan suasana transformasi ilmu dan tamadun baru. Uruf dalam bahasa arab bermaksud amalan ataupun percakapan sesuatu kaum yang menjadi kebiasaan – adat – mereka.

Berlainan di Barat (bukan untuk mengagungkan Barat tetapi memuji budaya baik yang berlangsung), learning culture begitu subur dan membiak. Orang di sana ramai yang terdiri daripada pada intelek dan cendekiawan. Masyarakat di sana gemar membaca, belajar, berfikir dan menyukai perkara-perkara yang baru. Oleh itu, transformasi ilmu dalam diri berlaku dengan rancak sekali. Berbeza di tempat kita, kita dibudayakan dengan politik "karut". Ramai yang terpedaya dengan dilema (masalah) alam politik yang tak kian sudah. Kepompong pemikiran terkongkong dalam dunia politik yang sempit sedangkan politik itu melibatkan soal kenegaraan dan kemasyarakatan yang luas, bukan soal masalah peribadi orang-orang yang tertentu sahaja. Lautan ilmu tak bertepi.

to be continued..

TRANSFORMATION OF KNOWLEDGE - OUR AGENDA

Reform from liberal world to Islamic World is a great challenge to Muslims nowadays. Western agenda in this modern world is to promote freedom and democracy in every aspect of life. We must distinguish between liberal in Islam and liberal in non-Islam. Liberalism rooted is politics since the institution of United States of America and European Union. OIC must take action and Muslims should talk about fundamental believe, believing in Allah and prophet Mohamed pbuh as the last messenger. Every inch of knowledge should start from here. Reformation and transformation of knowledge is the core.

Reformasi dari dunia liberal kepada dunia Islam adalah cabaran yang paling besar kepada umat Islam pada hari ini. Agenda Barat di dunia hari ini ialah mereka mempromosikan kebebasan dan demokrasi dalam segala aspek kehidupan. Kita mesti membezakan di antara liberal dalam Islam dan liberal dalam bukan Islam. Liberalisme berakar dalam politik semenjak penubuhan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. OIC mesti mengambil tindakan dan Muslim sewajarnya bercakap mengenai kepercayaan asas, iaitu kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul terakhir. Setiap inci ilmu pengetahuan wajar bermula dari kepercayaan ini. Reformasi dan transformasi ilmu adalah pusat perubahan.

JALAN KESELAMATAN, JALAN KEBAIKAN


Bismillahirrohmanirrohim, Assolatu wassalam ala Rasulillah waman waalah,

Amma Ba’d,..

Dengan Nama Allah yang Maha Sejahtera (As-Salam). Tuhan yang mengutuskan Rasulullah saw sebagai hamba penyelamat (Abdus Salam). Nabi dan Rasul yang membawa Rahmat Kebaikan dan Keselamatan kepada umat sepanjang zaman bermula dari zamannya dan Sahabat (Companions), tabi’in (followers), tabi’tabi’in(follower of the followers) sehinggalah zaman kita (khalaf). Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian selepas itu, kemudian selepas itu.”

Merekalah yang membawa panji Islam yang mensejahterakan sekalian alam, bahkan Islam bermaksud “sejahtera” atau “selamat”. Segala ajaran Islam terkandung dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah itu telah memberikan panduan kepada kita ke arah jalan yang baik, selamat dan sejahtera. Alhamdulillah.
Maka benarlah sabda Rasulullah saw itu, di mana nilai-nilai Islam yang terkandung dalam ajaran Islam itu telah disampaikan. Tinggal sahaja usaha kita untuk menghayati makna dan melaksanakan ajaran tersebut. Rasulullah saw tidak meninggalkan kepada kita harta material, sebaliknya “harta” yang berupa wahyu yang suci yang telah dihidangkan kepada kita, seterusnya naskhah-naskhah dicetak dan dibaca dengan begitu meluas. Sabda Nabi: “Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnahku.”
Sepertimana yang telah dijelaskan, Islam bererti selamat sejahtera. Umat mengucapkan salam selamat sejahtera dan membalas ucapan salam dengan ucapan salam juga (alaikumussalam), atau yang lebih baik (waalaikumussalam warahmatullah) seperti yang masyhur dalam hadis mengenai fadhilat (kelebihan) memberi dan menjawab salam. Antara kelebihan ialah mendapat pahala menghidupkan sunnah, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan serta mengeratkan hubungan silaturrahim.  Memberi salam adalah wajib sementara menjawab adalah sunat. Alhamdulillah, pada hari ini, ucapan salam telah menjadi budaya yang baik yang diamalkan oleh umat Islam samaada secara lisan atau tulisan. Media elektronik juga tidak ketinggalan membudayakan ucapan salam, adalah lebih baik jika kita menjawabnya, kerana ucapan itu ditujukan kepada kita sebagai khalayak.
Adapun khalayak yang bukan beragama Islam, mereka mengamalkan ucapan yang baik seperti “Good Morning” yang bererti selamat pagi, atau “Good Night” yang bererti selamat malam. Kesemua ucapan ini adalah doa yang baik dan elok diamalkan oleh manusia. Tetapi sebaik-baik ucapan dan doa ialah salam “Assalamualaikum” kerana menghidupkan sunnah. Demikian diajarkan oleh Rasulullah saw (peace be upon him), para Salafus Soleh (Orang dahulu yang baik2 yg terdiri dari Rasulullah saw dan Sahabat ra) serta para khalaf (Orang kebelakangan). Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, para keluarganya dan Sahabat ra..

Kita sedang berada di zaman moden, zaman di mana Rasulullah saw dan Sahabat ra telah lama meninggalkan kita. Akan tetapi, sementara keberadaan hidup ini kita masih berpeluang untuk “menghidupkan” semula zaman tersebut dari segi amalan dan penghayatan kerana “harta” yang Rasulullah saw tinggalkan kepada kita iaitu Kitabullah dan Sunnah masih ada, maka gunakanlah “harta” tersebut sebaik-baiknya.  “Harta” tersebut diturunkan dan dijaga oleh Allah dan ianya perlu menjadi khazanah yang disayangi.  Umat lain sebelum Islam juga mendapat “harta” tetapi “harta” tersebut telah dirosakkan oleh tangan-tangan mereka. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

Islam amat menitikberatkan umatnya supaya mencari jalan yang “baik” (good) dan jalan yang “selamat” (peace). Jika kebaikan mendapat tempat dan kesukaan umat, maka umat itu akan sentiasa berada dalam daerah kebaikan (darul khair), dan jika keselamatan mendapat tempat dan kesukaan umat, maka umat itu akan sentiasa berada dalam keadaan selamat, dan menuju ke daerah keselamatan (Darus Salam). Kita disyorkan supaya sentiasa bermohon kepada Allah agar ditempat kan di dalam daerah keselamatan di dunia dan di akhirat. “Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, dan dari Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau tempat kembalinya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan sejahtera, dan masukkanlah kami ke dalam syurga Darus Salam.” 

Allahumma antas salam, waminkas salam, wailaika ya’udus salam, fahayyina robbana bissalam, wa adkhilnal jannata Darus Salam.  

Tujuan Islam menganjurkan kebaikan ialah supaya umat mendapat manfaat yang besar.  Umat akan diserapi sifat-sifat atau prinsip yang baik dan suka berbuat baik seperti kepada ibu bapa, jiran tetangga, saudara-mara, kenalan, dan lain-lain yang dikenali atau tidak dikenali. Dari situ diharapkan akan lahir suasana yang baik (biah solehah), pemimpin yang baik, rakyat yang baik, masyarakat yang baik, ummah yang baik, negara yang baik dan dunia yang baik. Firman Allah: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta jauhkanlah kami dari api neraka.” Ini seharusnya menjadi visi dan misi hidup kita di dunia ini selain beribadah kepada Allah. Firman Allah: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu.”  Demi kemaslahatan diri perbanyakkanlah beribadah kepada Allah dengan amal soleh, dan demi kemaslahatan ummah perbanyakkanlah berbuat kebajikan.

Manakala tujuan Islam menganjurkan keselamatan ialah supaya keamanan (peace) dan kebahagiaan (happiness) dapat dikecapi.  “Keselamatan”   adalah satu agenda Islam yang besar  kerana matlamat agenda tersebut ialah keberhasilan dan pencapaian untuk mendapat ketenangan (mut’mainnah) yang hakiki di dunia dan akhirat. Moga kita dimasukkan ke dalam syurga Darus Salam dan selamat dari nyalaan api neraka. 

Sekian, terima kasih kerana membaca.

CETUSAN PENDAPAT: MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM MASYARAKAT


Sejak akhir-akhir ini, isu integriti hangat kembali diperkatakan. Walaupun istilah integriti ini telah lama muncul , tapi secara rasminya di malaysia, ia disebut-sebut oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, semasa beliau menjadi PM. Walaupun masa pemerintahannya singkat iaitu 5 tahun, beliau telah memikirkan dan melahirkan idea mengenai Pelan Integriti Nasional. Tetapi sejauh mana pelaksanaan, dan sejauh mana pengamalan, dalam kata lain, sejauh mana berintegritinya rakyat Malaysia, terutama para penjawat awam. Tidak kira penjawat awam atau swasta, integriti adalah nilai yang baik yang harus ada pada setiap warga Malaysia tak kira muda atau tua, kecil atau besar, kaya atau miskin.

 Saya suka membawa para pembaca sama-sama “rethinking” mengenai integriti ini, dan memperkatakan kembali mengenai isu yang agak terpinggir ini, ke arah memekarkan kembali perjalanan hidup kita sebagai manusia dan hamba Allah. Dalam Islam, kita wajib memupuk akhlak mulia dan nilai murni dalam kehidupan, lebih-lebih lagi kalau kita seorang penjawat awam. Sebagai salah seorang anggota masyarakat, atau diibaratkan sebagai butir pasir yang mengukuhkan suatu binaan, adalah menjadi kewajipan kepada kita bertanggungjawab dan berdisiplin ketika bekerja. Kita harus mematuhi peraturan di tempat kerja, saling hormat-menghormati,saling bantu-membantu, bekerjasama dan bersemangat sebagai satu pasukan (esprit de corp), berbudi bahasa, mengutamakan kebajikan rakan sekerja, menyampaikan ilmu pengetahuan, mengambil berat seperti saling bertanya khabar, saling nasihat-menasihati, menziarahi ketika sakit dan sebagainya.   

Integriti penjawat awam satu hal yang perlu difikirkan. Bagaimana pula integriti sebagai penjawat swasta? Cukup berakhlakkah kita dengan pelanggan? Adakah kita mengutamakan kehendak pelanggan (pasaran) atau sebaliknya? Tetapi kalau mengutamakan kehendak pelanggan pun janganlah sampai menggadai maruah dan tatasusila kehidupan. Orang “offer” rasuah, kita ambil. Orang beri betis nak peha. Fikirkan hak orang lain juga. Orang di negara maju tidak memandang itu semua sebab ia menyalahi undang-undang (kepatuhan orang maju terhadap undang-undang sangat tinggi),tetapi merit dan peluang.

Bagaimana integriti sebagai ibu-bapa? Adakah para ibu-bapa cukup berintegriti dengan anak-anak? Adakah masih ada di kalangan ibu bapa yang meludah ditempat awam , merokok di depan anak-anak, bercakap kasar kepada orang tua, anak dan isteri. Ini tentu memberi contoh yang buruk yang tidak wajar diteladani oleh anak-anak. Kita dengan mudah kata “yang baik tiru, yang tak baik jangan tiru” depan anak-anak. Ibubapa dalam role model  kepada anak-anak. “Art of living” kena pandai, barulah tidak dikatakan “seperti ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.” Ibubapa kena pandai ilmu taksir, sebab pepatah mengatakan “ bapa borek anak rintik.” Jangan pula “guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” Menyesal kemudian tak berguna. “Dah terhantuk baru nak tengadah.” 

Dalam soal agama pula, ibu bapa perlu memberi contoh persekitaran yang baik seperti rajin solat bila masuk waktunya. Dengan cara ini, secara tidak langsung, ia mendidik anak-anak patuh kepada ajaran agama, seawal kanak-kanak, sehinggakan kepatuhan mereka kepada Allah, dalam menunaikan kewajipan solat, bila meningkat remaja kelak tidak perlu dipantau lagi. Secara automatis, bila azan berkumandang, ingatan pada solat. “Ibadat didahulukan, solat diutamakan.” Dengan cara ini, secara perlahan-lahan, individu tidak lagi berfikiran terlalu liberal (liber=bebas), sehingga kewajipan solat diremeh-remehkan, begitu juga kewajipan menutup aurat. Soal solat dan aurat adalah asas dalam Islam. “Fail” individu ketika di dunia soal solat dan aurat, maka “fail” juga di akhirat. Ini kita tidak mahu dan cuba menghindarkan bersama-sama. Siksaan kubur dan api neraka sentiasa dekat dengan orang yang mencuaikan kewajipan solat dan aurat. Integriti, akhlak mulia dan nilai murni berkait rapat dengan akhirat. 
Nabi pernah ditanya perihal orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (HR Tirmidzi)

Saya tak ingin memperpanjangkan bicara mengenai  solat dan aurat. Saya anggap semua orang sudah “tahu”, tinggal lagi samaada kita semua “faham”, “boleh buat” atau “boleh buat dengan beradab” atau “boleh buat dengan beradab mithali.” (Terima kasih Encik Rohesan dari KPM atas taklimat dan pencerahan mengenai KSSR).
Sekian dahulu coretan ringkas. Berjumpa lagi di lain kesempatan
NOVEL: AHMAD TURBO



Tit. Tit. Tit. Tit. Jam digital berbunyi menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Dr Zeus sedang tekun menghadap ke skrin monitor komputer ribanya yang terang bercahaya. Dr Zeus memejam celikkan mata berulang kali. Pancaran cahaya pada skrin monitor yang ditatap sejak pagi tadi seakan mencucuk retina matanya. Jejarinya pantas menekan kekunci Fn dan kekunci kanan untuk menurunkan kadar kecerahan, kemudian membetulkan cermin mata. Tit. Otak Dr Zeus berpusing ligat. Matanya tertumpu kepada kebuk inkubator dan radas di dalam inkubator tersebut. Dr Zeus yakin eksperimen ini akan berhasil. Sekiranya berjaya, penemuan ini pasti menggemparkan dunia sains genetik. Belum ada saintis yang berjaya melakukannya sebarang penemuan baru sejak 100 tahun yang lalu. Dr Zeus membayangkan seorang manusia yang dapat berlari sepantas 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat atau dapat memecut lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan 113 km/jam (70 batu/jam). Dr Zeus mengimpikan seorang manusia berkuasa turbo, atau seorang pelari pecut nombor satu dunia. Tentu hebat! Impian itu pasti akan menjadi kenyataan. “How is it, darling?” Dr Sofea menoleh ke arah Dr Zeus dan merenung anak matanya dalam-dalam. Mereka bertentang mata sebentar. Kemudian, matanya kembali tertumpu pada kanta mikroskop superelektron. “Okay. Spesimen ini baru di peringkat permulaan. Belum menunjukkan sebarang reaksi tindakbalas. Kita akan ketahui sedikit masa lagi.” Dr Zeus, seorang saintis kelahiran Greece. Menetap hampir 30 tahun di Malaysia bersama isterinya Dr Sofea. Dr Zeus seorang saintis kejuruteraan genetik, boleh bertutur pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dengan fasih. Dr Zeus memperoleh kewarganegaraan Malaysia beberapa tahun yang lalu setelah berkahwin dengan Dr Sofea. Manakala Dr Sofea pula seorang biologis Melayu berdarah kacukan Arab. Kedua-duanya berumur 30 tahun. Bijak serta memiliki perawakan yang baik. Dr Sofea membesarkan imej pada skrin sehingga 500,000 kali ganda. Kelihatan sel-sel hemoglobin darah berkembang dan aktif. Imej di besarkan lagi sehingga 1,000,000 kali ganda. Dr Zeus mencapai helaian kertas dan membaca sebuah artikel berbahasa Inggeris bertajuk: “Genetic basis of Human Brain Evolution.” “Esok pagi I kena pergi IGC untuk multi tele-conference.” IGC ialah ringkasan bagi International Genetic Centre atau Pusat Genetik Antarabangsa. IGC kini sedang menjalankan kajian saintifik terhadap spesis orang, otang, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Bangsa Orang dan Otang giat bekerjasama dan berusaha menjalankan pelbagai penyelidikan demi kemaslahatan hidupan yang mendiami Planet Bumi. Civilisia menjadi pusat penyelidikan di Planet Bumi. “Pakar saintis akan hadir ke IGC untuk sesi taklimat.” “Apa yang akan dibincangkan esok?” “Kemungkinan kita akan mencari resolusi bagaimana menyelesaikan konflik perubahan cuaca.” “Siapa perantara?” “Dr Alias.” Dr Alias merupakan seorang bekas saintis dan angkasawan. Beliau telah menjalankan pencerapan dari angkasa berkenaan Planet Bumi dari stesen kajian di ISS selama 15 tahun. Di ISS terdapat pelbagai fasiliti seperti di Civilisia. Setiap hari, beliau akan bersidang dengan penduduk Bumi secara multi tele-conference dari ISS. Dr Zeus memejamkan mata dan terlelap di sofa, sementara Dr Sofea terus mencatat sesuatu dalam jurnal peribadi.

  …...............

 “Assalamualaikum dan selamat pagi.” “Waalaikumussalam..” “Yang berbahagia Dr Alias, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk conference kita pada hari ini. Kita berbangga kerana Dr Alias bersama kita pada hari ini untuk menyampaikan laporannya. Dengan segala hormatnya, dipersilakan..” ujar Dr Sofea. “Terima kasih. Alhamdulillah syukur. Pada hari ini, saya ingin memaklumkan mengenai laporan hasil pencerapan terhadap Planet Bumi. Setelah 15 tahun saya berada di sana dan memerhati, saya dapati Bumi berada dalam keadaan yang kurang stabil. Pencerapan menggunakan inframerah menunjukkan lapisan ozon di Bumi merosot dan bertambah nipis. Oleh sebab itu, peningkatan suhu mendadak yang berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai disebabkan oleh kemerosotan lapisan ozon. Ia memberi impak terhadap perubahan cuaca yang tidak dapat diramalkan. Kalau dahulu kita dapat meramal cuaca dengan baik, tetapi pada hari ini sebarang perubahan cuaca tidak dapat dijangka lagi. Kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa Bumi akan menghadapi bencana yang tidak dapat dibendung dalam tempoh 50 tahun lagi,” ujar Dr Alias. “Dr Zeus, apakah kajian terbaru Dr mengenai genetik dapat membantu menyelesaikan masalah ini?” tanya lelaki Otang. Imej sebatang susuk tubuh manusia, berkepala harimau terpapar di skrin LCD di dinding. Skrin-skrin lain di sekeliling dinding dewan juga memaparkan imej-imej manusia yang berlainan dari pelbagai negara. Semua menumpukan perhatian terhadap apa yang akan diperkatakan oleh Dr Zeus. “Pada pandangan saya, kita memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan genetik yang tahan lasak terhadap sebarang perubahan cuaca seperti cuaca panas. Tapi saya yakin, kita akan dapat keputusan dalam masa beberapa tahun lagi. Genetik pada masa kini adalah proses evolusi bukan revolusi. Pasukan saya sedang berusaha untuk menghasilkan genetik manusia yang bukan sahaja kuat, malah berIQ tinggi dan terlatih. Genetik menjadi asas kepada evolusi otak dan tubuh tanpa mengubah ciri-ciri fizikal manusia.” “Tanpa mengubah fizikal?” “Ya, ia adalah andaian saya. Saya mengandaikan manusia dapat melihat dan mendengar dengan lebih tajam, IQ lebih tinggi, tubuh lebih kuat dan lasak. Tapi saya yakin hasil eksperimen saya akan membuktikan ketepatan hipotesis tersebut. Hasil kejuruteraan genetik. Proses mutasinya sedang dikawal dalam makmal.” “Wah! Itu adalah penemuan baru, Dr Zeus. Kajian Dr itu sangat penting kepada kita dan generasi manusia pada masa akan datang. Bagaimana dengan pembiayaan?” “Setakat ini mencukupi, alhamdulillah.” “Pada pandangan saya, adalah penting untuk kita memahami bahawa kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat merunsingkan. 50 tahun bukan masa yang lama. Usia kita mungkin tidak dapat bertahan untuk 50 tahun lagi, tetapi anak-anak kita menghadapi situasi di mana suhu Bumi menjadi sangat panas sehingga menyebabkan penghidratan dan boleh menyebabkan kematian. Air dalam tubuh akan cepat hilang kerana kepanasan yang melampau. Anak-anak kecil terutamanya akan mudah diserang demam panas dan sawan. Berbeza dengan kita yang dewasa, kita memiliki daya tahan yang lebih kuat terhadap perubahan suhu dan serangan penyakit berbanding kanak-kanak. Apabila tahap suhu mencecah 100 darjah celcius, tidak mungkin seorang daripada kita mampu hidup lagi. Semua manusia akan mati kepanasan!” “Dr Alias, mungkinkan ini armageddon?” “Mungkin, tetapi kita tidak berserah bulat-bulat kepada takdir. Kita mesti berusaha menyelamatkan diri dan anak-anak kita, termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, kerana semuanya berhubung kait di antara satu sama lain dalam rantaian sistem ekologi.” “Dr Alias, bukankah lebih baik kalau kita menumpukan kepada usaha penyelamatan lapisan ozon?” “Saintis barat telah mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan lapisan ozon, tetapi semuanya menemui kegagalan. Kita tidak dapat mendidik semua manusia dengan efektif supaya sayangkan Bumi..” “Saya dan para saintis timur telah bersemuka untuk mencari resolusi terhadap permasalahan ini. Mereka berpendapat saintis timur perlu membantu mereka. Kita yakin kita mempunyai kepakaran dalam bidang genetik dan memahami worldview Sains yang lebih holistik. Kita yakin pada Allah, sedangkan mereka tidak. Sebahagiannya Ateis.” “Kita tidak percaya pada sains barat berasaskan teori evolusi Darwin mengenai evolusi biologi manusia secara natural daripada mawas, tetapi kita percaya pada evolusi manusia terawal kepada manusia yang lebih baik pada hari ini menerusi proses kelahiran demi kelahiran. Genetik manusia berbeza daripada genetik haiwan seperti mawas. Struktur genetik seperti organ tidak berubah dan diwarisi. Segala penemuan itu dapat dibaca dalam jurnal Sains Genetik di IGC.” “Baiklah. Saya fikir setakat itu sahaja taklimat kita pada hari ini. Kita tamatkan sesi taklimat ini buat sementara waktu. Kita akan bertemu lagi insyaAllah. Sekian, terima kasih.” Semua hadirin bersurai.

….......

 Dr Sofea berbaring. Dr Zeus menyuntik zigot yang telah disenyawakan dan menjalani proses upgrading. Beberapa bulan selepas itu, Dr Sofea hamil. Setelah 9 bulan, Dr Sofea melahirkan seorang bayi comel yang sempurna sifat jasmaninya. Perkara menakjubkan berlaku. Sejurus selepas kelahiran, bayi lelaki itu terus merangkak, kemudian berdiri dan berjalan selepas setengah jam. Dr Zeus tidak menjangka perkara itu sama sekali. Tidak pernah terlintas dibenak fikirannya bahawa anaknya itu akan dapat merangkak, berdiri dan berjalan dalam masa yang singkat.Sungguh mengagumkan! Dr Zeus dan para saintis bertasbih memuji kebesaran Allah. Dr Zeus bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan zuriat yang kelak akan menggemparkan seluruh dunia sains. Akan tetapi, Dr Zeus mengambil keputusan untuk merahsiakan kelahiran tersebut kerana bimbang anak itu akan menjadi objek eksperimentasi. Dr Zeus mahu bayi itu membesar secara normal. Dr Zeus tidak mahu anaknya menghadapi risiko yang besar pada masa hadapan. Dia bimbang sekiranya proses pembesaran anaknya terganggu, itu akan memberi keaiban kepada kelompok saintis Civilisia keseluruhannya.Apabila ditanya mengenainya, Dr Zeus memberitahu bahawa eksperimen itu masih dalam proses. Biar aku yang memerhatikannya dahulu. Bila tiba masanya kelak aku akan mengumumkannya, getus Dr Zeus. Dr Sofea kembali cergas. Anak yang diberi nama Ahmad itu di tatang dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Dr Sofea mengajar Ahmad sedikit sahaja, tetapi Ahmad dapat menangkap dengan cepat dan cermat. Ahmad dapat mengulang semula apa yang telah diajarkan bagai perakam suara. Daya fikirnya seperti seorang dewasa. Pertuturannya mengandungi hikmah. “Sebelum Ahmad lahir ke dunia, Ahmad berada dalam perut mama. Mama selalu bercakap-cakap dengan Ahmad, dan membuat latihan matematik. Sebab itulah Ahmad bijak.” “Betul ke mama? Ahmad mahu jadi macam mama. Bila Ahmad mengandung, Ahmad nak bercakap dengan baby dalam perut Ahmad.” “Hehe, mana boleh macam tu. Orang lelaki tak boleh mengandung.” “Boleh mama. Nanti boleh, satu hari nanti orang lelaki boleh mengandung.” Dr Sofea ketawa. Sememangnya telah ada percubaan untuk menghamilkan lelaki. Tetapi sehingga kini usaha itu gagal. Ia melanggar fitrah manusia. Allah menjadikan perempuan untuk mengandung dan melahirkan zuriat, sedangkan lelaki hanya membawa benih zuriat. “Ahmad tak nak mengandunglah, sakit..” ujar Ahmad apabila melihat rakaman video ibunya yang sedang melahirkan anak. Video tersebut dirakamkan oleh Dr Zeus sebagai kenang-kenangan. Dr Sofea lahir secara pembedahan ceasarean. “Banyaknya darah keluar. Sakit...” Ahmad menangis. Ahmad seolah-olah mengerti dan pernah merasainya. “Tapi Ahmad tak takut. Kalau ibu boleh beranak, Ahmad pun boleh beranak.” Ahmad kembali bermain dengan jigsaw puzzle. Tangannya rancak mengutip kepingan-kepingan kecil plastik yang berserakan. Setiap kepingan itu berwarna-warni. Ia disusun di tempat yang difikirkan bersesuaian. “Mama mama. Beranak sakit tak?” “Mestilah sakit.” “Tak taruk ubat ke?” “Taruk..doktor taruk ubat bius.” “Ubat bius tu apa?” “Anestetik. Ubat tu menyebabkan kulit kebas. Bila kulit kebas, kena laser pun tak sakit.” “Laser. Ahmad suka main dengan laser. Warna warni kan mama?” “Ya.” “Lepas mama beranak Ahmad, kenapa mama tak beranak lagi?” “Bukan mama tak nak beranak Ahmad, belum sampai masa, belum ada rezeki.” “Rezeki tu apa?” “Rezeki tu nikmat pemberian Allah.” “Allah tu siapa?” “Allah tu Tuhan seluruh alam dan universe.” Ahmad terkedu. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Matanya melihat jigsaw puzzle yang hampir siap. Kepingan puzzle yang terakhir dicantumkan dan melengkapkan sebuah gambar alam semesta berukuran 100 cm x 100 cm. “Universe ni ke mama?” “Ya. Tapi ada alam lain yang kita tak nampak yang ditadbir oleh Allah. Alam dalam alam.” “Ada alam lain ke? Macam mana kalau kita nak tengok alam tu?” “Mama tak tahu. Ahmad tanya ayah lah. Mungkin ayah tahu?” Ahmad terdiam. “Puzzle ni mama nak framekan dan gantung kat dinding. Pandai anak mama.” Dr Sofea mencubit pipi Ahmad yang masih kecil itu. Lembut dan gebu. Dr Sofea kemudian mengusap pipinya sendiri. Rasa berbintil penuh jerawat. “Ye! Mama mama, nanti mama beli yang lain pulak ye. Puzzle universe yang satu lagi tu.” “Universe mana?” “Alam yang tidak boleh nampak.” “Kalau tak boleh nampak, macam mana nak buat puzzle. Susah tu!” “Hahahahahaha.” Hilai tawa kedua beranak berderai. Dr Sofea tidak pernah terfikir mengenai menjadikan alam metafizik sebagai puzzle. It is still a puzzle, getus Dr Sofea. Senyuman terukir di wajah Dr Sofea. Hatinya berbunga kebahagiaan. “Miaow, Miaow.” Kit menghampiri Ahmad. Kepalanya digesel-geselkan pada paha Ahmad yang sedang ralit bermain puzzle. Anak kucing robot bertubuh krom itu berpusing-pusing di sekeliling Ahmad seperti mengajaknya bermain. “Kit stop. Pergi ambil kotak Lego X Ahmad.” Kit berhenti berpusing. Lantas segera berlari ke arah sebuah kotak lutsinar. Pergerakan Kit nampak sedikit kaku tetapi cergas. Anak kucing robot prototaip itu hadiah daripada Uncle Deno. Tidak lama kemudian, Kit menghampiri Ahmad bersama kotak lutsinar beroda. Kaki kit menguis punat hijau pada kotak tersebut. Bahagian bawah kotak terbuka, kepingan-kepingan lego jatuh bertaburan. “Good boy! Gracias.” Kit memahami banyak arahan bahasa termasuk Sepanyol, Perancis, Latin, Arab dan Inggeris. Kit pernah memenangi anugerah Robotpet Olympiad tahun lepas. Setelah memenangi anugerah tersebut, Uncle Deno menghadiahkannya kepada Ahmad. Program dalamannya sedang dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Idea mencipta kit tercetus setelah melihat banyak kucing mati akibat wabak penyakit influenza kucing. Untuk mengelak wabak influenza kucing menjangkiti manusia, semua spesis kucing terpaksa di bunuh. Uncle Deno, seorang pakar robotik bekerjasama dengan sekumpulan pakar sains dari luar negara untuk menghasilkan sebuah robot prototaip yang dapat menggantikan kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah. Kanak-kanak seperti Ahmad sangat menyukainya. Ahmad ralit bermain lego. Kepingan-kepingan lego dicantumkan atas, bawah, kiri dan kanan sehingga membentuk seekor tikus. Satu masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk Civilisia ialah kehadiran tikus yang terlalu banyak . Ia berpunca daripada kepupusan spesis kucing yang selama ini menjaga “ketenteraman” rumah. Setelah kucing pupus, sang tikus bermaharajalela. Saintis sedang memikirkan cara untuk memerangkap tikus berkenaan, atau mempertingkatkan keupayaan Kit sehingga dapat “menggerunkan” tikus. “Tangkap tikus ni Kit.” Kit menggesel-geselkan kepalanya kepada tikus tiruan itu. Kemudian berpusing-pusing mengelilinginya. Apa sahaja objek akan digesel-gesel, dikelilingnya tak kira manusia atau apa sahaja. Lampu pada kepala kit tiba-tiba berkelip-kelip dan berbunyi. Semakin lama bunyi semakin lemah, dan akhirnya berhenti. Kit “tidak bernyawa” lagi. Ahmad membawa Kit ke plug elektrik dan disambung ke pengecas. 10 minit kemudian, Kit bernyawa semula. “Ah mengantuknya.” Ahmad menggenyeh-genyeh mata. Ahmad bangun menuju ke sofa. Badan nya terhuyung hayang memanjat sofa. Ahmad merebahkan tubuhnya di atas pangkuan Dr Sofea yang terlentok kerana keletihan. Ahmad lena dibuai mimpi. Dr Zeus mengintai dari dalam kamar. Melihatkan kedua beranak telah lena, Dr Zeus bangun dan mengejutkan Dr Sofea supaya berpindah ke kamar tidur. Dr Zeus mengangkat anak yang terlena di ribaan dan membaringkannya di atas katil. Lampu di padamkan.

…....

Telefon bimbit berdering. “Hello...Ya, saya. Saya Dr Zeus.” Dr Zeus menumpukan perhatian kepada suara yang keluar dari celah telefon bimbit. Suaranya jelas. Dr Zeus menangkap setiap info yang diberitahu dengan cermat. “Ya.. Ya.. Saya akan ke sana esok.” Telefon bimbitnya di letakkan di atas meja. “Kawan abang minta abang sediakan laporan lengkap mengenai kajian yang kita jalankan. Bagaimana?” Dr Sofea terus terbayang wajah Ahmad. “It's a secret. Jangan beritahu sesiapa, terutamanya IGC.” Kata-kata itu masih segar dalam ingatan Dr Sofea. Kata-kata itu dipegang sehingga hari ini. Tiada sesiapa yang mengetahui rahsia mereka berdua mengenai Ahmad. Sekiranya rahsia ini diketahui, tentu ia akan di bawa ke peringkat atasan, getus Dr Sofea. Dr Sofea memandang Dr Zeus. Dari riak wajahnya, jelas tergambar kerisauan. Dr Zeus sedang memikirkan sesuatu. Sama seperti yang difikirkannya sekarang, mengenai Ahmad. “Do you think what I'm thinking?” “Ya.” Jawap Dr Sofea ringkas. “Kita harus berterus-terang.” “Belum masanya lagi.” Dr Zeus menggeleng-gelengkan kepala. “So?” Tanya Dr Sofea. Dr Zeus menggaru-garu kepala yang separuh botak. Tangannya mengurut-ngurut dahi. “Let's keep it a secret. Sediakan laporan mengatakan eksperimen itu gagal.” “Gagal? Macam mana kalau ia diketahui. Bukankah pembiayaannya akan ditarik semula? Bagaimana kita hendak teruskan kajian ini?” “I hope not. Kita telah lakukan banyak pencapaian yang membanggakan pihak IGC. Tak mungkin mereka akan menarik tajaan kewangan. Jika tajaan ditarik, kita harus mencari sponsor baru.” “It's a risk. Sponsor baru memerlukan sokongan IGC juga.” “Kita dah studi perkembangan Ahmad. Kerja ini mesti diteruskan sehingga selesai, sehingga kita berjaya. Kita buat bukan kerana IGC tetapi kerana kemaslahatan manusia sejagat.” “Keluarkan laporan lengkap 4 tahun lepas, jangan beritahu gagal tapi beritahu mereka spesimen kita belum ditentukan lagi.” “Good. Mereka akan menyediakan spesimen. Sukarela. Spesimen itu mestilah manusia.” “Persoalannya siapa yang sukarela untuk menjadi spesimen?” “That's it. Masalah untuk mencari spesimen. Kajian ini akan dihentikan?” “Tidak juga. Kajian akan diteruskan sehingga kita 'bertemu' dengan spesimen yang betul-betul sesuai. Spesimen kita telah ada. Ahmad. Tapi kita belum bersedia untuk mengisytiharkannya secara rasmi.” “Dear God. Please help us. Show us the right way.” Dr Zeus berdoa dalam hati. Kelahiran Ahmad dahulu disambut dengan bahagia. Dr Zeus yakin kebahagiaan pasti akan menjelma. Dari awal lagi, Dr Zeus yakin usahanya akan berjaya. Sejak melihat “keajaiban” semasa Ahmad dilahirkan, keyakinannya tidak pernah goyah. Dr Zeus percaya kepada kekuasaan Allah yang mengatasi segala-galanya. Untuk menggalakkan perkembangan Ahmad, Ahmad di beri pemakanan yang seimbang dan bernutrien tinggi. Sehingga ke hari ini, Ahmad tidak pernah di serang penyakit. Ahmad tidak pernah demam, batuk atau jatuh sakit. Kesihatannya berada pada tahap yang sangat optimum. Bagi seorang manusia biasa, mana mungkin dia tidak pernah jatuh sakit. Bukti itu sudah menunjukkan betapa Ahmad merupakan seorang manusia yang sangat istimewa. Dr Zeus menggalakkan Ahmad bermain di tengah panas untuk mengujinya. Kulit Ahmad tidak sunburn atau menunjukkan tanda-tanda alahan. Ahmad minum sedikit air sahaja selepas itu. Apabila diuji, tubuhnya kurang mengeluarkan peluh melalui kulit, akan tetapi proses nyah hidrat berlaku secara normal melalui urin. Dr Sofea merekodkan setiap perkembangan itu dalam jurnal peribadinya. Ulasan dibuat oleh Dr Zeus menggunakan perakam suara di setiap pencapaian. Berdasarkan pemerhatian Dr Zeus, darah Ahmad mengandungi unsur kromosom yang berbeza dengan kromosom manusia biasa. Terdapat satu unsur dalam spesimen darahnya yang tidak diketahui. Sains genetik pada masa ini belum mengenalpasti unsur tersebut. Unsur itulah yang membezakan darah Ahmad dengan darah orang lain. Darah Dr Zeus dan Dr Sofea pun tidak mempunyai unsur tersebut. Dr Zeus mengklasifikasikannya sebagai darah jenis “X”. Setelah usia Ahmad mencecah 5 tahun, Ahmad dimasukkan ke sekolah GSCHOOL iaitu sekolah untuk kanak-kanak genius. Kebiasaannya, pelajar yang masuk ke sini terdiri daripada anak-anak saintis dan cendekiawan. Mereka mewarisi genetik dan IQ daripada kedua ibu bapa yang genius. Kelebihan yang ada pada Ahmad berbanding pelajar lain ialah Ahmad rajin membaca dan bermain dengan pelajar yang lebih tua. Tidak seperti kebanyakan pelajar, mereka lebih suka bermain dengan kawan-kawan sebaya. Salah seorang kawannya rapatnya ialah Tam. Tam berusia 6 tahun lebih tua daripada Ahmad. Tam juga seorang atlit lumba lari di GSCHOOL. “Ahmad. Petang ni macam biasa, aku tunggu kau kat Trek.” “Okay set. Pukul 5 lepas Asar.” “Kalau kau menang aku belanja kau ABC.” “Sori Tam, ABC aku tak makan, kalau CPT ok.” “Pasal apa?” “Pasal aku tak suka ABC.” “Sama jugak ada ais, CPT pun ada ais.” “ABC dia taruk perasa dan pewarna tiruan. Tak baik untuk kesihatan.” “Ye ke? Patutlah kau bijak sangat. Lari pun laju macam Cheetah.” “Hehehe.” Ahmad tersengih.
“Bismillahirrahmanirrahim.” Ahmad mencedok CPT dan menyuapkan ke mulut. Suapannya semakin rancak. Nampak berselera sekali. Tam yang melihat menggeleng-gelengkan kepala. “Ahmad, slow lah sikit. Gelojoh betul kau ni.” “Kau yang slow. Tengok tu. ABC kau tak luak-luak. Bila nak sampai Z?” “Banyak la kau punya Z.” “Hahahahahaha.” “Tam, kau ada girlfrend?” “Girlfriend, ada. Nenek aku.” “Hahahahaha.” Kedua-duanya ketawa berdekah-dekah. “Kau tak pernah cerita kat aku pasal girlfriend kau tu. Story lah sikit.” “Nenek aku dah tak ada. Dia meninggal masa bulan puasa tahun lepas.” “Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.” “Sakit apa?” “Influenza.” “Teruk ke?” “Teruk jugak. Tenat sampai masuk ICU. Selepas tu dia kena kuarantin. Seminggu lepas tu dia KO.” “Kena kencing tikus ke?” “Influenza.” Tam mengulang sekali lagi. “Ye la. Influenza disebabkan tikus ke kucing?” “Kucing. Mana ada influenza tikus.” “Sekarang ni banyak betul tikus kat rumah aku.” “Biasa la. Kucing dah mampus semua.” “Mati kucing tinggal tikus. Mati tikus tinggal apa pulak?” “Tinggal kita la.” “Tikus tak mati. Makin banyak ada la.” “Semalam kucing aku tangkap tikus.” “Kit?” “Kit 2X5. Versi baru punya. Kit yang dulu tu dah ketinggalan zaman. Asyik kena cas je, bosan aku.” “Ye la. Setiap yang baharu ada kelemahan. Sebab tu dia akan upgrade berdasarkan kelemahan yang ada.” “Manusia boleh upgrade ke tak?” “Boleh. Banyakkan membaca. Banyakkan berfikir. Banyakkan menulis.” “Insya-Allah.” “Maksud aku upgrade dari segi kekuatan.” “Nak upgrade macam mana?” “Minum tonik.” “Itu kekuatan batin lah. Kekuatan zahir ni boleh ke tak? Aku nak lari lebih laju. Kalau boleh macam kereta turbo.” Tam terdiam memikirkan sesuatu. “Ambil Steroid.” “Dadah. Ada side effect.” “Aku pernah ambil steroid. Ok je. Tapi lepas tu aku kena banned 2 tahun. Pingat aku kena tarik balik.” Tam menggeleng-gelengkan kepala. “Buat benda salah. Sebab tu kau kena banned Tam. Aku tak nak buat apa-apa kesalahan. Kalau boleh kekuatan aku tu kekal lama. Bukan sekejap-sekejap.” “Kau dah kira bertuah dapat belajar kat GSCHOOL, Mad. Budak umur macam kau ni biasanya duduk sekolah tadika lagi tau?” “Kau kata aku budak?” “Ya la. Takkan bapak budak?” “Hahahahahahaha.” Kedua-duanya ketawa berdekah-dekah. “Remaja. Sama macam kau Tam.” “Remaja umur 12-20 tahun. Kau baru lima tahun.” “Kau?” “Aku remaja.” “Remaja tapi tak ada girlfriend.” “Aku nak belajar dulu sampai grad.” “Bila kau masuk GSCHOOL ni?” “7 tahun.” “8 tahun dah kau kat sini. Takkan tak ada girlfriend lagi?” “Aku cakap aku nak belajar dulu sampai grad.” “Oh.” “Kau baru lima tahun dah cakap pasal girlfriend-girlfriend. Kau dah ada ke?” “Hehehe. Ada la.” “Amboi. Siapa dia.” “Mama aku.” “Hahahahahahahahaha.” Kedua-duanya ketawa berdekah-dekah. Ahmad melihat hand-cel di tangan. Lantas memicit punat illuminator. Cahaya biru menampakkan nombor jam dengan jelas. “Dah pukul 7. Aku nak balik. Jom.” “Okay. Esok macam biasa. Bawak girlfriend kau sekali.” “Hehe. Okay.” Tam pulang ke asrama. Ahmad pula pulang ke rumah. Ahmad tidak dibenarkan tinggal di asrama dalam usia begini. Usianya masih terlalu muda untuk tinggal bersendirian. Mamanya tidak membenarkan. “Ma. Ahmad nak tinggal di asrama. Kat sana ramai kawan.” “Ahmad, mama tak nak Ahmad tinggal di asrama. Bukan mama tak bagi tapi belum masanya.” “Bila Ahmad boleh masuk asrama?” “Bila mama kata boleh, baru boleh.” Dr Sofea memandang wajah Ahmad yang muram. Keinginannya untuk tinggal di asrama disekat. Dr Sofea mengerti tetapi apakan daya, Ahmad masih dalam 'pemerhatian.' Kalau dia tinggal berasingan, maka perkembangannya tidak dapat dipantau. Melihatkan Ahmad bermuram durja, Dr Sofea mengusap-usap kepala Ahmad dan tersenyum. Senyum memujuk. “Baiklah ma. Kalau itu kata mama, Ahmad pasrah.” Satu hari nanti Ahmad akan masuk ke asrama juga. Tapi aku tak boleh janjikan apa-apa, getus Dr Sofea. Wajah keibuan terserlah pada wajahnya. “Kit dah tidur?” “Dah. Tu dia.” Ahmad memuncungkan bibirnya ke arah robot kucing berbulu putih. Ekornya melibas ke kiri dan kanan. Sejak adanya Kit, kelibat sang tikus tidak lagi kelihatan. Sesekali ada juga berbunyi tapi telinga Kit sensitif. Ia dapat mengesan di mana tikus itu berada atau bersembunyi. Matanya infrared. “Ahmad nak masuk tidur. Selamat malam ma.” “Selamat malam.”

 …............

Petang itu, Dr Sofea menemani Ahmad ke GSHOOL untuk perjumpaan dengan ibubapa dan guru. Di GSCHOOL, guru adalah mentor, pelajar adalah protege, ibubapa adalah sub-mentor. Ibubapa di bekalkan dengan buku rekod kemajuan dan tindakan. Ibubapa di sini lebih agresif. Mereka suka bersemuka dengan guru untuk bertanya dan berbincang mengenai perkembangan akademik anak-anak mereka. Perjumpaan ini amat penting kerana hubungan triad (guru, ibubapa dan pelajar) menentukan keberkesanan dan kemajuan pendidikan anak-anak. GSCHOOL bebas menentukan modul dan corak latihan yang bersesuaian dengan kemampuan IQ anak mereka. Kadang-kadang ibubapa sendiri yang menentukan modulnya. Kebanyakan ibubapa pelajar adalah para saintis dan cendekiawan. Oleh kerana kesibukan bekerja, guru ibarat pengasuh kedua kepada anak-anak mereka. Banyak masa dihabiskan di sekolah. Cuma Ahmad dibenarkan pulang ke rumah kerana itu adalah corak modul yang dimahukan oleh Dr Zeus dan Dr Sofea. Ahmad lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama Kit. Ahmad tidak dibenarkan terlalu bersosial untuk menjaga kerahsiaannya. Dr Zeus dan Dr Sofea mengetahui dengan siapa Ahmad berhubung, dengan siapa Ahmad berkawan. Nampak seperti mengongkong, tetapi semuanya telah diperjelaskan kepada Ahmad dengan jujur. Ahmad juga mengetahui tanggungjawabnya untuk menjaga kerahsiaan dan nama baik keluarga. Selepas perjumpaan ibubapa dan guru, Dr Sofea dipanggil ke pejabat Kaunselor. Pintu diketuk. “Sila masuk.” “Silakan duduk Dr Sofea.” Kaunselor mengenali Dr Sofea. Kaunselor tunduk menatap buku rekod kemajuan. Mengangguk-angguk, kemudian menatap wajah Dr Sofea sambil tersenyum. Dia terus membuka bicara. “Dr Sofea, pencapaian akademik anak you sangat memuaskan. Kita syorkan supaya Ahmad diserapkan ke GKOLEJ. Di sana dia akan dapat pendidikan yang lebih advance. Kerajaan menyediakan peruntukan yang besar untuk kolej itu. Pelajar yang dapat memasuki GKOLEJ ditawarkan biasiswa IGC.” “Biasiswa IGC. That's good. Anak saya boleh mengembangkan potensinya di sana.” “Jika puan bersetuju, puan dikehendaki memohon melalui sekolah ini. Isi borang ini dan pihak kami akan beri endorsement. Sekiranya layak, kami akan menghubungi puan atau Dr Zeus.” “Terima kasih, puan.” Dr Sofea menatap graf gred Ahmad sejak 5 tahun lepas. Garis lurus Setiap tahun meningkat naik. Tahun ini Ahmad akan mencecah umur 10 tahun. Dr Sofea ada juga terfikir, umur 10 tahun adalah umur yang sangat mentah untuk Ahmad berada di Kolej. Tapi untuk kebaikan Ahmad, Dr Sofea menurut. Ahmad layak berada di sana untuk mengikuti program pembelajaran yang lebih advance. “Adakah anak saya pernah melakukan apa-apa kesalahan disiplin?” “Tak pernah. Tiada sebarang rekod kesalahan disiplin. Sebab itu saya rasa Ahmad layak untuk ke sana. Salah satu syarat kemasukan ke GKOLEJ ialah pemohon mestilah seorang yang pintar, baik dan berdisiplin tinggi. Walaupun umur anak puan baru 10 tahun, saya rasa dia layak untuk memohon. Puan rugi kalau menolak tawaran ini. Ahmad pelajar yang sangat istimewa. Rekod pencapaian ko-kurikulum juga memberangsangkan. Setiap tahun, dia menjuarai Kejohanan Sukan sekolah dalam acara pecut. Tahun ini, dia mewakili sekolah ini ke Kejohanan Trek Inter-Sektor.” Dr Sofea mengukir senyum. Terasa sejuk perutnya mengandungkan Ahmad. Tidak sia-sia Ahmad dihantar ke GSCHOOL. “Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” “Baiklah.” “Terima kasih, assalamualaikum.” Dr Sofea meninggalkan bilik Kaunselor penuh ceria. Malam itu, selepas makan malam, Dr Sofea meluahkan hasratnya kepada Dr Zeus. Setelah berbincang panjang lebar, Dr Zeus bersetuju. Ahmad sedang ralit bermain permainan video dalam talian. “Ahmad, kau nak masuk GKOLEJ tak?” “GKOLEJ?” “Ya. Sekolah tinggi.” “Tak naklah. Ahmad suka belajar kat GSCHOOL. Ramai kawan.” “Kat sekolah baru nanti pun kau akan jumpa ramai kawan,” jawab Dr Zeus dengan tenang. Ahmad terdiam. Matanya tertancap pada skrin TV. Kedua tangan rancak memicit gamepad. Ahmad bermain game racing bersama Tam. Ahmad tak keruan bila ayah mahu menghantarnya ke sekolah baru. Tentu suasana sekolah baru tak sama dengan sekolah sekarang. Jiwanya berkecamuk. Ahmad akan berpisah dengan Tam dan beberapa orang rakan karib. “Tam macam mana?” tanya Ahmad meminta kepastian. “Jangan risau. Tam akan memohon sekali. Tapi tengok keadaan dulu. Kalau dia layak dia akan dapat sama dan belajar sekali dengan Ahmad,” kata Dr Zeus dengan nada memujuk. Dia tidak mahu anaknya menolak tawaran itu. “Betul?” Dr Zeus menganggukkan kepala. Dalam hati dia tidak menjanjikan apa-apa mengenai masa depan Tam. Itu bergantung kepada kedua ibubapanya. Dr Zues menghubungi Dr Deno dan berbicara sesuatu. “Okay. Assalamualaikum.” Talian terputus. “Ayah Tam cakap dia akan memohon sama.” “Hoorey!” kata Ahmad menjerit kegirangan. Dr Zeus meneruskan bacaan, sementara Ahmad terus bermain video-game.

…...........

Hari ini hari pertama Ahmad di GKOLEJ. Permohonan Ahmad telah diluluskan oleh pihak senat setelah mempertimbangkan kesemua syarat yang teleh ditetapkan. Ahmad diwajibkan berada di asrama sepanjang pembelajaran di GKOLEJ. Segala keperluan Ahmad akan disediakan oleh pihak Kolej. Walaupun begitu Ahmad sedikit terkilan kerana Tam tidak mendaftar di GKOLEJ. Permohonannya ditolak kerana tidak memenuhi syarat. “Hi.” Seorang gadis menyapa Ahmad. ““Awak pelajar baru kan?” “Ya. Kenapa?” “Semua pelajar baru diminta ke Dewan Araena. Awak tak dengar pengumuman tadi?” “Saya baru sampai. Err...awak pelajar baru jugak ke?” “Tak. Saya dah 3 tahun kat sini.” “Senior...” ujar Ahmad separuh berbisik. “Kat mana Dewan Araena?” “Sebelah auditorium.” Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Aesya. “Okay. Terima kasih.” “Nanti dulu. Siapa nama awak?” “Ahmad. Saya pergi dulu.” Selepas menyimpan barang di loker, Ahmad menuju ke Dewan Araena. Ramai pelajar sedang berhimpun. Masing-masing membimbit fail orientasi. Kesemua pelajar diminta mengisi maklumat diri. “Kumpulan darah ni apa?” Ahmad bertanya rakan disebelahnya. “Kumpulan darah, A, B, AB atau O.” “Apa kumpulan darah aku?” Ahmad berbisik. Ahmad menghubungi mama, Dr Sofea. “Mama, apa kumpulan darah Ahmad?” Dr Sofea tiba-tiba terkejut. Lama dia berdiam diri. Bagaimana ingin memberitahunya bahawa kumpulan darahnya X, kumpulan darah yang belum dikenalpasti? Sewaktu ujikaji darah dijalankan, darah Ahmad tidak memberi apa-apa reaksi. Terdapat sel oren di dalam darahnya. Sel oren bergabung dengan sel darah merah dan sel darah putih. Sel oren hanya terdapat pada sejenis alga yang hidup di dasar laut. Perkara ini cukup menghairankan Dr Sofea. Bagaimana sel alga boleh berada dalam darah Ahmad?” “Hello mama?” “O,” kata Dr Sofea berbohong. “Oh. Terima kasih, mama.” Talian terputus. Ahmad mengetahui bahawa darah O boleh menerima semua jenis darah dan boleh didermakan kepada semua jenis darah. Suasana di dewan gamat. Semua pelajar dikehendaki berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Semua pelajar di sini asing. Sementelah tubuhnya paling kecil berbanding pelajar-pelajar lain di sini. Ahmad cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Rakan yang disapa sebentar tadi memperkenalkan dirinya sebagai Sid atau Rasyid. Sid berusia 5 tahun lebih tua daripadanya. “Sid, lepas ni kau nak pergi mana?” “Makan. Jom.” Ahmad mengekori Sid ke Kafeteria. “Cantik betul lukisan dekat galeria tadi. Aku ingat aku nak pergi situ kejaplah,” kata Sid sambil memamah nasi kapit dan sate. “Aku nampak kat situ ada pameran lukisan.Ada lukisan yang dihasilkan daripada cahaya laser,” sambungnya lagi. “Cahaya laser boleh hasilkan gambar?” “Ya. Gambar warna-warni.” “Aku selalu google dalam internet. Lukisan laser ni ciptaan seorang Otang.” “Otang?” “Otang ni spesis hibrid. Orang campur binatang.” “Kat mana diorang tinggal?” “Planet Bitey.” “Spesis diorang tak boleh tinggal kat planet ni. Alergic dengan cahaya matahari. Planet Bitey kurang menerima cahaya matahari, lebih sejuk.” “Rupa dia macam mana?” “Separuh manusia separuh haiwan. Dari bahu ke kepala rupa harimau. Cuba kau google internet.” “Otang ibunya haiwan, bapanya manusia. Sebab itu rupa mereka pelik sikit,” sambungnya lagi. “Pelik tapi istimewa. Mereka boleh hasilkan karya seni.” “Ya, karya mereka diiktiraf antara galaksi. Tamadun mereka juga tinggi.” “Dulu kaum Otang berbalah dengan manusia kerana karya mereka diciplak. Tak lama selepas itu, mereka berbaik semula selepas hak cipta karya mereka diperakui.” “Manusia juga boleh menghasilkan lukisan daripada cahaya menggunakan teknik fotografi.” “Wah! Minat juga kau dengan seni ya?” “Ada lah sikit-sikit.” “Petang karang aku nak ke Galeria. Kat nak ikut tak?” “Tak mahulah. Aku ada latihan di Trek.” “Kau atlet ke?” “Ya. Atlet lumba lari.” “Peringkat mana?” “Inter-Sektor.” “Hebat. Tapi sekarang ni musim panas. Macam mana kau boleh buat aktiviti luar?” “Biasa lah,” jawabnya ringkas. Ahmad menghabiskan saki-baki pankek. Mereka berpisah selepas membayar makanan di minuman di kaunter kafeteria.

…..............

“Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok angin yang goncang......” Ahmad tiba-tiba terdengar alunan suara yang merdu ketika menuju ke Dewan Araena. Ahmad mengintai-ngintai di pintu cermin auditorium. Seorang gadis sedang bernyanyi di atas pentas. Audition agaknya, getus Ahmad. Ahmad menolak pintu cermin dan memasuki dewan auditorium. Angin sejuk menggigit kulit. Suasana dingin di dalam dewan auditorium cukup menyamankan. Lampu pentas terpasang menyuluh gadis genit yang sedang mendendangkan lagu. Sedang beberapa orang perempuan sedang memerhatikan dari tempat duduk di bawah pentas. “Adik, pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk semasa audition sedang dijalankan. Audition ini khas untuk perempuan sahaja,” seorang perempuan menyapanya dari belakang. “Oh, saya tak tahu.” “Sila keluar ya.” “Audition untuk pelajar lelaki esok pukul 12.00 tengahari.” “Kenapa aku tak boleh masuk ya?” Hatinya tertanya-tanya. Ahmad bertanya Sid. Sid memberitahu itu peraturan di GKOLEJ. Pelajar lelaki dan perempuan di bataskan daripada bergaul bebas. Mereka hanya boleh bertemu di tempat terbuka, itupun kalau ada hal penting dan mustahak. Sewaktu keluar dari Dewan Araena, Ahmad bertembung dengan Aesya di depan pintu auditorium. “Awak Ahmad kan?” “Ya. Ya.” Ahmad terperanjat. “Nak pergi mana?” kata Aesya. “Saya nak pergi kafeteria,” jawab Ahmad. “Saya nak pergi kafeteria juga. Jom saya belanja,” pelawa Aesya. “Eh, tak apa ke?” “Kenapa pulak?” “Kan lelaki dan perempuan tak dibenarkan bergaul bebas.” “Kalau awak tak nak tak apalah. Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam.” Ahmad dan Aesya berpisah. Aesya berasa malu bila mempelawa Ahmad tadi. Terasa malu sungguh, perempuan mempelawa lelaki untuk makan bersama. Macam mana pelawaan tu boleh terbit dari mulut aku? Malunya aku. Dia menolak pula. Aesya mengomel sendirian. Walaupun begitu, Aesya berjalan meninggalkan dewan auditorium dengan perasaan yang ceria. Dia berjaya semasa audition tadi. Dia berjaya meyakinkan para juri untuk membuat persembahan pentas sempena Pertandingan Talentime Inter-Sektor. Beberapa pelajar disenarai pendek dan terpilih untuk membuat persembahan akhir. Di kafeteria, Ahmad sekali lagi bertembung dengan Aesya. “Bukan ke....” “Saya memang nak ke sini. Kenapa?” “Kenapa...” “Saya malu berjalan dengan perempuan yang lebih senior daripada saya.” Aesya hairan. Ahmad seakan tahu gerak hatinya. Belum bertanya sudah tahu jawapan. “Macam mana....” “Macam mana apa?” “Saya ingatkan awak tahu apa soalan saya.” “Macam mana saya tahu?” “Insting.” Aesya tertarik dengan jawapan yang terbit dari mulut Ahmad. Sememangnya psikologi adalah subjek kegemarannya. “Awak ada deria rasa ke-enam ke?” Tanya Aesya sejurus selepas duduk di kerusi. Aesya menghadap Ahmad. Ahmad hanya memesan ubi keledek rebus. “Tak lah.” “Macam mana awak tahu pasal insting?” “Pembacaan.” “Insting ada dalam setiap diri manusia dan haiwan. Ia fitrah semulajadi yang dijadikan oleh Tuhan.” “Insting lain. Deria rasa ke-enam lain,” Aesya menjelaskan. “Lain macam mana?” Ahmad terus menikmati ubi keledek rebusnya. Aesya bungkam. Dia cuba menyelami perasaannya sendiri. Tidak pasti untuk memberi jawapan. “Awak tak tahu ke?” “Saya tak ingat.” “Macam mana dengan audition awak?” Aesya membiarkan persoalan mengenai deria rasa ke-enam tadi tidak terjawab. “Okay. Saya dapat ke final.” “Bila pertandingan akhir?” “Hujung bulan ni.” Aesya melihat ke kiri dan kanan. Dia merasakan ada mata sedang memerhatikan gerak gerinya. “Kenapa awak nampak macam gelisah je?” Tanya Ahmad. “Tak ada apa-apa. Saya pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Bye.” Aesya bingkas bangun meninggalkan Ahmad di meja makannya. Jus jambunya tidak sempat dihabiskan. Ahmad tertanya-tanya mengapa Aesya kelihatan tergesa-gesa. Dalam perjalanan pulang ke asrama, Ahmad singgah di peti surat. Ahmad meleretkan kad matrik berhologram ke celah peti surat miliknya. Sebuah bungkusan bersampul plastik dan beberapa keping surat tertera namanya tersorok dalam peti surat. “Bungkusan dari mama,” Ahmad berbisik. Tiba di asrama, Ahmad membuka bungkusan plastik. Di dalamnya berisi sebuah mushaf Al-Quran. Ahmad memegang mushaf tersebut dan membelek. Terdapat sekeping nota di dalamnya berbunyi: “Ahmad belajar rajin-rajin ye. Rajin-rajin ulangkaji pelajaran dan baca Al-Quran. Mama doakan Ahmad berjaya dalam pelajaran. Sayang, mama.” Sekeping surat lagi di buka. Surat daripada IGC menyatakan permohonan biasiswanya telah diterima. IGC menawarkan Ahmad berkhidmat di IGC seusai graduasi. Ayahnya Dr Zeus pernah mendapat tawaran yang sama suatu ketika dahulu. Hasilnya Dr Zeus menjadi saintis di sana. Mengarang Fiksyen Sains Seperti biasa, Ahmad mundar-mandir di Taman Botani. Ahmad selalu ke situ untuk merehatkan minda selepas habis waktu kelas. Suasana di situ tenang dan sunyi, jauh dari hiruk-pikuk. Tiba-tiba terdengar satu suara di corong speaker: “Assalamualaikum. Perhatian kepada semua penuntut GKOLEJ. Satu pertandingan menulis novel akan diadakan di GKOLEJ. Kepada sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan di Zon-T. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 September 2025. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Kolej. Terima Kasih.” Pengumuman itu diulang sebanyak 2 kali. Ahmad termenung seketika. Beg sangkutnya di galas ke bahu, lantas menuju ke kaunter di Zon-T. “Assalamualaikum. Saya Ahmad. Saya nak masuk pertandingan menulis novel. Macam mana ya?” Seorang perempuan bertudung kuning oren memandang Ahmad lantas menghulurkan sekeping pamplet dan borang penyertaan. “Berapa yuran penyertaan?” “Percuma,” ujarnya ringkas. Ahmad membaca pamplet. “Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori: Kategori Fiksyen Sains , Kategori Non-Fiksyen, Kategori Fantasi dan Novel Tarbiah. Tujuan di adakan pertandingan ini ialah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif.” “Syarat pertandingan: Setiap karya mestilah asli. Setiap karya diwajibkan menyelitkan unsur ilmiah, kerohanian dan moral.” “Borang penyertaan hendaklah dihantar bersama karya selewat-lewatnya 30 September 2025.” “Setiap karya akan di nilai oleh panel sebelum diadili oleh hakim. Karya yang terbaik akan menerima hadiah utama $7000 dan lawatan ke IGC.” Ahmad berkhayal seketika. Fikirannya menerawang. Ahmad mendapat ilham untuk menulis sebuah Fiksyen Sains. Keesokan harinya, Ahmad mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan. Novel-novel bermacam genre tersusun rapi di rak. Ahmad mengambil beberapa Fiksyen Sains yang telah diterbitkan. Salah satu novel menarik minatnya. Tajuk novel itu “Mimpi MOM”. Penulis novel, Aesya. Aesya? Aesya pelajar senior itukah? Ahmad tertanya-tanya. Ahmad mengatur langkah ke Partisyen Otakiri. Partisyen itu di khaskan untuk pelajar lelaki menelaah. Manakala Partisyen Otakanan adalah ruangan untuk pelajar perempuan. Kedua-dua partition dipisahkan oleh pintu cermin bertinted hitam tetapi telus cahaya. Beberapa pelajar perempuan sedang khusyuk membaca di sofa. Salah seorang daripada mereka amat dikenali. Ahmad menekan punat hand-cel di pergelangan tangan. “Aesya. Saya dekat Partisyen Otakiri. Awak tengah buat apa?” “Saya tengah cari bahan. Nak tulis novel sikit.” “Saya pun sama, tengah cari bahan. Aesya, novel Mimpi MOM ni awak punya ke?” “A'ah. Mana awak dapat?” “Kat rak kat sini.” “Kat situ ada novel saya?” “Ada. Saya dah baca novel awak. Best lah. Awak pun pandai tulis novel ya?” “Oh. Novel tu saya tulis tahun lepas. Betul ke best?” “Inspiring. Saya suka watak MOM tu. Watak MOM dalam mimpi nampak macam real lah.” “Awak pun nak masuk pertandingan tu ke?” “Boleh juga. Saya nak mencuba. Mana tahu menang ke?” “Orait. Belum cuba belum tahu.” “Awak nak masuk kategori mana?” “Fiksyen Sains .” “Fiksyen Sains belum ramai orang tulis.” “Awak?” “Fantasi.” “Oh. Okay, selamat menulis. Jumpa esok kat kelas. Saya nak dapatkan tip menulis daripada awak.” “Okay, bye.” Punat hand-cel ditekan.Talian terputus. Mereka berdua selalu berhubung melalui hand-cel sebab hubungan langsung secara fizikal tidak dibenarkan oleh pihak Kolej. Semenjak Ahmad mendapat nombor Aesya melalui rakannya setahun yang lalu, mereka selalu berkomunikasi dan berhubung. Isu yang selalu dibicarakan ialah mengenai pelajaran dan aktiviti Kolej. Walaupun ada perasaan dan bibit cinta terhadap Aesya, perasaan itu ditepis.

…....

 “Macam mana nak menulis novel yang baik?” Tanya Ahmad kepada Aesya seusai kelas. “First, awak kena rangka cerita awak. Dalam tu mesti ada watak, latar, konflik dan plot. Tulis dahulu, perbaiki kemudian. Di samping itu, awak kena selitkan unsur yang telah ditetapkan.” “Baiklah.” “Tahniah sebab memenangi tempat pertama tahun lepas. Saya akan cuba menulis macam awak.” “Awak ada nombor Sid?” “Ada.Kenapa?” “Berapa nombornya?” Aesya menekan hand-cel di pergelangan tangan kanannya. “10-116-119-1” “Okay, terima kasih. Saya nak balik dah. Awak?” “Saya nak tulis rangka novel saya dahulu. Awak baliklah dulu.” Aesya bingkas bangun daripada kerusi meninggalkan Ahmad di dalam kelas. Masih ada beberapa orang pelajar yang masih belum pulang. Khusyuk menelaah pelajaran. Ada yang sedang membuat homework. Ada yang sedang berbincang sesama mereka. Beberapa buah buku tersusun di atas mejanya.

 …......

Ahmad dirundung kebosanan. Setelah meminta kebenaran keluar daripada Warden, Ahmad menuju ke bandar yang tidak jauh daripada GKOLEJ. Hari-hari minggu begini, Ahmad lebih suka meluangkan masa untuk bersiar-siar di sekitar bandar. Lagi pula, Ahmad perlu mencari ilham untuk menyiapkan novel yang ditulisnya tempoh hari. Seusai mengerjakan solat Asar di Great Mosque iaitu Masjid Pintar di tengah bandar, Ahmad menuju ke Green Shoppe. Kedai itu menjual buku dan cenderamata. Ahmad membeli beberapa buah buku dan sebuah dua buah jam berbentuk bandul. Ahmad bercadang menghadiahkan salah satu daripadanya kepada Aesya sempena harijadinya. “Aesya. I have a surprise for you.” “Apa surprise-surprise ni?” “Bukalah,” ujar Ahmad setelah menghulurkan bungkusan. “Wah, jam bandul. Terima kasih.” “Sama-sama. A token of friendship.” “Terima kasih. Saya tidak ada apa-apa hadiah nak bagi kat awak. Sorilah ya. Nanti saya belikan. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,” kata Aesya sambil mengukir senyuman. “Awak nak hadiah apa?” “Apa-apalah. Tak kisah.” Kedua-duanya saling berpandangan. Timbul bibit cinta di hati masing-masing. Akan tetapi, perasaan itu tidak diluahkan kerana masing-masing bimbang ia akan mengganggu pelajaran. Lagipula jarak umur di antara mereka berdua agak jauh. Adalah lebih baik, perasaan ini dipendam, mungkin sehingga tamat pengajian? Lagipun ini bukan masa untuk bercinta. Aesya menyelami perasaannya sendiri. Aesya tertarik dengan Ahmad kerana kebaikannya, kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan. Ahmad tidak mengambil kesempatan atas kesempitan. Pernah sekali apabila Aesya kekurangan duit belanja untuk membeli buku, Ahmad menghulurkan sumbangan tanpa mengharapkan balasan. Baik sungguh insan bernama Ahmad. Aesya teringat bait-bait lagu yang diminatinya; Ahmad itu nama yang tersurat, dalam Injil juga Taurat...juga dalam Kitab Al-Quran.. Aesya menganggap Ahmad sebagai kawan. Jauh di sudut hati Aesya, dia sebenarnya sudah tertawan dengan kebijaksanaan dan kematangan Ahmad. Aesya ingin memanggilnya adik, tetapi dia bimbang itu akan mengguris perasaan Ahmad kerana ia mungkin membuatkannya rasa jengkel. Ahmad sebenarnya nampak lebih matang dari usia. Saiz badannya juga agak besar bagi kanak-kanak yang berusia 11 tahun, secocok dengan saiz tubuhnya yang berusia 17 tahun. Aesya juga masih ingat tatkala mereka mula-mula bertemu di pintu masuk kolej. Sangkaannya ketika itu Ahmad sudah berusia 13 tahun. Hanya baru-baru ini, Aesya terpandang ID Ahmad pada kad matriknya. Rupa-rupanya Ahmad bukan kanak-kanak biasa. Dia mempunyai banyak kebolehan dan potensi. Pencapaian sukannya juga mengagumkan. Aesya mengenali Ahmad hanya malalui hand-cel dan di dalam kelas. Apa yang dia tahu, kedua ibubapa Ahmad adalah saintis di IGC.

…......

 Petang yang mendamaikan. Ahmad tiba-tiba teringat kawan lamanya, Tam. Ahmad mencari nombor Tam pada hand-cel dan menekan punat call. “Assalamualaikum, apa khabar Tam?” “Waalaikumussalam. Siapa tu?” “Ahmad.” “Ahmad? Hoi kawan lama, kau apa khabar? Pasal apa lama kau tak call aku?” “Aku sibuk sikit lah. Sori.” “Kau kat mana sekarang?” “GKOLEJ. Kau bila nak masuk sini?” “Insya-Allah pertengahan tahun ni aku masuk.” “Aku dah setahun kat sini. Bosanlah kau takde Tam!” “Rilek la kawan. Berkawan biar beribu, bercinta biar satu.” “Aku tak ramai kawan kat sini. Susah lah nak jumpa yang sekepala. Kau bila masuk call lah aku.” “Insya-Allah.” “Okay, bye.” “Bye.” Tit. Punat hand-cel ditekan memutuskan panggilan. Ahmad mengetuk hujung jari telunjuknya pada meja berulang kali. Sebuah idea baru terlintas di fikiran. Lantas dia menitipkan sesuatu pada kristalog berbentuk kepingan kaca nipis dengan jari telunjuk. Tulisan tangan Ahmad bertukar kepada huruf dan tulisan Times New Roman secara automatik. Hujung jari telunjuknya menggoreskan satu garis lurus dan titik dihujung. “Siap.” Ahmad menyemak kembali skrip cerita yang telah disiapkan dan membuat beberapa pembetulan. Setelah berpuas hati, kini Ahmad memikirkan tajuk yang paling sesuai untuk novel tersebut. Idea awalnya sebelum menulis ialah “Crystalman.” Akan tetapi tajuk itu bunyinya terlalu ringkas. Maka tajuknya dipinda kepada “Crystalgorithman.” Crystalgorithman mengisahkan seorang lelaki yang disumpah Tuhan menjadi kristal kerana menyalahgunakan ilmu genetik algorithma (GA). Setelah beberapa kurun, lelaki itu bebas daripada sumpahan dan kembali menjadi manusia normal. Akan tetapi, zaman di mana dia dihidupkan semula sudah jauh berubah. Manusia hidup dalam ketakutan kerana dunia kini dikuasai oleh Naga robot yang jahat. Crystalgorithman berdoa kepada Tuhan supaya di kembalikan semula ke zaman di mana dia belum disumpah menjadi kristal. Akan tetapi doanya tidak dimakbulkan. Crystalgorithman berusaha menewaskan naga robot tersebut sehingga menjadi kristal dan mengembalikan keamanan di dunia. Ahmad menghubungi Aesya, “Cerita saya dah siap. Boleh awak baca dan beri komen?” “Cepatnya siap. Novel saya baru separuh jalan.” “Hantar kepada saya melalui e-mel. Nanti saya baca siap beri komen-komennya sekali.” “Baiklah. Bye.”

….....

 Keputusan pertandingan menulis novel akan diumumkan hari ini. Ahmad bergegas ke Zon-T untuk mengetahui keputusan. “Tahniah, awak berjaya! Karya awak memenangi tempat pertama kategori Fiksyen Sains ,” kata Aesya sejurus selepas keputusan diumumkan. “Yes! Alhamdulillah. Awak macam mana?” “Saya dapat tempat ketiga. Nampaknya fantasi bukan genre saya.” “Siapa menang tempat pertama?” “Kawan saya Siew Meng.” “Tempat kedua?” “Ramanathan.” Aesya melafazkan kekecewaannya. Ramai pelajar berasak-asak untuk melihat kristalbod. Nampaknya tahun ini penyertaan daripada pelajar sangat menggalakkan. Akan tetapi, ramai yang kecewa kerana karya mereka tidak berjaya. Namun, yang kalah tetap mendapat hadiah saguhati sebagai penghargaan. “Tak apa lah. Tahun depan cuba lagi.” “Ah, suka lah tu. Ayuh kita ke kafeteria. Saya belanja,” ujar Aesya bernada kecewa. “Dah lah. Bukan selalu awak kalah. It's a good try.” “Hehehe.” Aesya kembali mengukir senyuman. Mereka berjalan beriringan ke kafeteria. Kedua-duanya memesan sandwic dan air coklat panas. “Awak biasa ke mana selepas rehat?” “Taman Botani.” “Oh.” “Saya suka tempat itu, sejuk, sunyi dan tenang. Apakata kita ke sana?” “Boleh juga. Jom.” Taman Botani terletak tidak jauh daripada kafeteria. Sampai sahaja di situ, Ahmad dan Aesya melabuhkan punggungnya di atas bangku. Mereka dipisahkan oleh letak tangan di bangku. “Selalu ke datang sini?” “Selalu juga. Kat sini saya dapat merehatkan minda.” “Tahniah sekali lagi sebab menang.” Ahmad mengukir senyuman. “Cerita apa yang awak tulis?” “Mimpi DET.” “Mimpi lagi? Dulu awak tulis pasal mimpi juga, Mimpi MOM!” “Takde rezeki agaknya.” “Cerita mengenai mimpi agak stereotaip. Kali ini mimpi apa yang awak tulis?” “Malas saya nak cerita, stereotaip..” Aesya mencebikkan bibir dan memandang ke arah lain. Mencari-cari sesuatu yang dapat menghiburkan hatinya. Kata-kata Ahmad mengguris perasaannya. “Semalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi puan, Mimpi beriba sebelah kanan.” Aesya tersenyum simpul mendengar agahan Ahmad. “Maaf kalau kata-kata saya tadi buat awak tersinggung.” “Tak mengapa.” Kedua pasangan rancak berbual. Tiba-tiba satu suara yang keras mengejutkan mereka dari belakang, “Ehhem! Apa kamu berdua buat di sini?” Kehadiran Guru Disiplin benar-benar memeranjatkan. “Berdua-duaan di tempat sunyi adalah salah mengikut peraturan kolej ini. Ikut saya ke pejabat Kaunselor sekarang,” tegasnya lagi. Kedua-duanya bangun dari bangku dengan perasaan malu dan bersalah, lalu mengekori Guru Disiplin ke bilik Kaunselor. Ramai pelajar memandang ke arah mereka berdua dengan ekor mata. Muka rasa tebal seinci. “Sila masuk.” “Mereka berdua ditahan kerana berdua-duaan di Taman Botani, puan.” “Baik. Sila duduk.” Guru Disiplin keluar dari bilik Kaunselor. Guru Kaunselor mamandang wajah Ahmad dan Aisyah dengan renungan yang tajam. “Awak tahu, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul bebas di kolej ini. Ia adalah satu kesalahan disiplin. Di sisi agama kita, ia adalah satu dosa. Kenapa awak melanggar peraturan?” Ahmad dan Aesya tidak berkata apa-apa. Masing-masing diam menundukkan pandangan ke atas meja. Rasa menyesal dan bersalah menyelinap ke dalam diri. “Untuk pengetahuan awak berdua, ingin saya tegaskan bahawa mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan disiplin akan diberi hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka. Mengikut peraturan kolej, fasal 17/32, awak berdua boleh digantung daripada kolej.” Ahmad terkejut. Aesya masih tunduk melihat meja. “Tapi kali ini saya berikan amaran sahaja. Kalau awak berdua masih dilihat bersama ditempat sunyi, awak berdua akan digantung kolej. Awak tahu apa kesannya? Pelajaran awak berdua akan terkandas. Ibubapa awak akan risau dan awak akan hilang jaminan masa depan.” Guru Kaunselor memandang mata Ahmad yang kelihatan resah. Tanpa disedari Aesya mengalirkan air mata. “Berhubungan tidak salah. Cuma mesti kena caranya dan mengikut undang-undang. Hand-cel boleh menjadi penghubung di saat perlu. Dan saya ingatkan sekali lagi, jika perkara ini berulang lagi, hand-cel awak akan dirampas dan biasiswa akan ditarik.” “Seperkara lagi ingin saya nyatakan, tujuan pelaksanaan undang-undang di kolej ialah untuk menjaga disiplin pelajar. Kami tidak mahu nama baik kolej ini tercemar seperti satu masa dahulu. Seorang pelajar perempuan di dapati melahirkan bayi di dalam tandas. Sejak daripada hari itu, peraturan kolej telah diperketatkan untuk mencegah perkara yang mengaibkan itu daripada berulang kembali,” jelas Guru Kaunselor panjang lebar. “Kami tak mahu prestasi pelajar merosot, faham?” sambungnya lagi. Ahmad dan Aesya mengangguk-angguk lesu. Aesya mengesat airmata yang berlinangan. Ahmad menarik nafas dan berfikir panjang sambil mengingati kesemua buah bicara guru di hadapannya. “Baiklah, Ahmad, awak boleh pergi sekarang.” “Terima kasih cikgu,” ujar Ahmad perlahan. Ahmad bangun dan keluar meninggalkan Aesya bersama Guru Kaunselor. Di dadanya tertanam azam untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Begitu jua Aesya. Assalamualaikum sahabat! Waalaikumussalam! Ahmad berpaling. Buku yang sedang ditatapnya hampir jatuh dari pangkuan segera di cekup. Terkejut bila melihat rakan lama, Tam tiba-tiba muncul dari belakang. “Eh, Tam! Kedua sahabat berpelukan. Riang dan gembira jelas kelihatan di kedua-dua wajahanak muda. Lama sungguh aku tak jumpa kau Tam!” “Aku lambat sikit, tak macam kau Mad. Anyway, study kau macam mana?” “Aku? Orait je. Tapi sejak kau tak ada, aku sunyi sikit la. Tak de geng.” Tapi makwe ada kan? Siapa? Hak alah buat tak tau pulak? Aesya? Macam mana kau tahu ni Tam? Aku ni kaki sekodeng. Masa kat GSCHOOL dulu pun kau kan selalu tanya aku pasal dia. Kau berkenan kat dia ke? Cakap ajelah... tak yah nak berselindung. Aku ni kan sahabat kau. Hehe.. Ahmad sengaja tidak mahu menceritakan perhubungan kerana takut diketahui lewat perhubungan itu yang membawa kepada penangkapan di taman. “Apa aktiviti kau di sini? Trek jugak ke?” “Bulan lepas aku masuk pertandingan menulis novel.” “Menang tak?” “Mestilah menang!”Ahmad merendahkan suaranya. Alhamdulillah, percubaanku yang pertama berjaya. “Aesya?” “Aesya dapat tempat ketiga.” “Wah! Macam tulah hero. Hero tak gaduh!” “Kau pulak apa aktiviti bila masuk sini? Trek jugakah?” Mestilah trek. Ia acara kegemaranku. “Em, Mad. Bila kau nak perkenalkan aku dengan Aesya?” “Eh, tadi kau cakap kenal. Kenapa pulak aku kena perkenalkan pada engkau?” “Tak payahlah. Kau carilah makwe kau sendiri” “Eh, kau curiga pada aku ke? Takkan kawan nak makan kawan. Aku bukan macam tu. Sebab Aesya tu cantik, kawan. Aku dah lama tak jumpa dia, Dia sepupu aku Mad.” “Sepupu? Patutlah dia mintak nombor kau hari tu. Kau dah tukar nombor baru, kenapa tak bagitahu dia?” “Ahmad! Ahmad! Mat melambai dan memanggil dari jauh. Dia mesra dengan panggilan Mat Motokar. Ahmad tercengang. “Kenapa?” Aesya... Aesya....Dia eksiden dengan motokar aku tadi. Sekarang dia berada di hospital dan memerlukan sumbangan darah kerana pendarahan yang banyak..” “Apa?” “Jom, Mad!” Tam bingkas bangun memaut lengan Ahmad yang masih kelihatan terkejut.

…..

 Di hospital, Aesya menjalani proses transfusi darah. Tam mendermakan darahnya kepada Aesya yang kelihatan pucat seperti mayat. Dia pengsan dan masih belum sedarkan diri. “Sepupu saya.” Jawab Tam ringkas apabila jururawat bertanya. Ibu Aesya duduk di sisi katil , manakala ayahnya berdiri di kepala Aesya sambil berbual-bual dengan ayah Tam. Ahmad ingin mendermakan darahnya tetapi ayahnya Dr Zeus menghalang. “Kumpulan darah kau lain dari orang di sini. Darah kau mengandungi gen X. Baik tak usah dermakan pada orang lain.” Ahmad bungkam, sedangkan dia telah mendermakan 1 pain darah sebentar tadi. Kepalanya masih pening-pening. Terdapat bekasan suntikan pada lengan. Bekas suntikan itu di tunjukkan kepada ayahnya. “Biarkan.” Dr Zeus sedar unsur darah Ahmad sedang bercampur dalam darah Aesya. “Tak mengapa. Biarkan.” Hospital tentu sedang telah mengkaji darah yang di dermakan dan lulus untuk didermakan. Kalau tidak tentu pihak hospital sendiri telah memaklumkan situasi tersebut. Nampaknya hospital mengesahkan Ahmad berkumpulan darah O. Dr Zeus melepaskan rasa leganya kepada isterinya, iaitu Dr Sofea. “Anak kita tak apa-apa. Bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan sebab darah Ahmad kini bercampur dengan darah Aesya. Dr Sofea merenung wajah Ahmad dan Aesya. Aesya masih tidak sedarkan diri. “Bagaimana esksiden itu berlaku?” Mat motokar menjawab: “ Agaknya dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Kereta saya sedang laju tak sempat brek.” “Terus terlanggar?” “Ya.” “Kamu tak apa-apa?” “Tak apa-apa. Alhamdulillah.” “Alhamdulillah.” “Kos perubatan biar saya tanggung.” Mat Motokar seorang mekanik kereta di seberang jalan GKOLEJ.

 …............

 Di kafeteria. Aesya menjenggul-jenggulkan kepalanya. Orang yang di carinya kelihatan sedang makan dan berbual. Siapa lagi kalau bukan Ahmad dan Tam. “Assalamualaikum. Amboi rancaknya makan. Boleh saya tumpang semangkuk. Kedua-duan tangannya menampung mee maggi kari, lantas di letakkan atas meja berkerusi empat. Salah satu kerusi mengadap Tam di tariknya. Kini Aesya duduk bersebelahan dengan Ahmad, menghadap Tam.” “Macam mana rasa?” “Sedap, meggi ni sedap. Meggi kari.” “Bukan rasa meggi. Tapi rasa badan macam mana? Sehat ke?” “Sehat wal-afiat. Sejak aku keluar dari wad, tubuh aku rasa ringan semacam ajelah.” “Aesya Turbo.” “Hah?” “Jangan cakap lagi Tam.” “Ahmad Turbo.” “La, kau ni.” “Kau ni kenapa? Tak boleh ke aku panggil kau Ahmad Turbo dan Aesya Turbo?” “Ya la. Aku tengok kau lari pecut laju semacam je? Apa kata kita berlumba lari? “Nak lari sekarang ke? Kan aku tengah mengadap mangkuk meggi ni. Tunggu lah bulan depan. Ada Karnival Sukan di sekolah ini.” “Acara trek mesti ada punyalah...” sambungnya lagi.

....................

Misi ke Planet Bitey Menghasilkan Sut Masa Depan (MD) (Kalis Haba, Kalis Peluh dan Bionik) Bionic Heat Shield Suit BAB 13 Selepas memerhati perubahan yang berlaku pada Adam, Dr Zeus terfikir; apakah yang menyebabkan perubahan pada diri Adam? Adakah faktor genetik, biologi atau ekologi persekitaran? Dr Zeus menemui jawapan. Faktor insting. Kemajuan manusia dalam bidang biologi molekular masih lagi ketinggalan. Banyak rahsia mengenai biologi manusia dan hubungkaitannya dengan insting yang masih belum diketahui oleh para saintis. To be continued...