MEMBANGUN KEUPAYAAN MEMBINA PERSEKITARAN

Keupayaan untuk membangunkan persekitaran yang baik harus dibina. Tujuan utama ialah supaya negara kita memiliki ekosistem atau lanskap yang bersesuaian dengan wawasan zaman. Wawasan negara yang kita tuju ialah pada tahun 2020, Malaysia membangun menjadi negara maju dan berkebolehan. Kebolehan Malaysia pada masa itu boleh disamatarakan dengan keupayaan negara-negra maju lain dalam semua aspek pembangunan insaniah dan fizikal, sains dan teknologi.

Tidak cukup dengan persekitaran yang cantik dan indah, Malaysia perlu cukup lengkap dengan prasarana moden dan selesa. Ketika negara berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1999, persekitaran Malaysia digelapkan krisis manipulasi matawang oleh penyangak Yahudi bernama George Soros.

Persekitaran yang cantik dan indah menjadi aset pelancongan untuk menarik kehadiran ramai pelancong. Kita kadang-kadang tidak nampak kelebihan yang ada pada negara kita dari sudut keindahan kawasan. Jika dibangunkan dengan baik dan diberi perhatian dan 'belaian' yang lebih, keistimewaaan dan kelebihan itu dapat ditonjolkan dan memberi pulangan kepada negara.

Program My Beautiful Malaysia baru sahaja dilancarkan semalam (3 Februari 2013). Program kesukarelaan Malaysia itu khususnya pada belia bertujuan untuk menanam jiwa patriotik (cintakan negara) dengan memberikan khidmat terbaik dengan kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Khidmat sukarela harus juga mendapat penghargaan walaupun sekadar pujian. Walaupun tidak diberikan sebarang Anugerah Kesukarelaan atau bintang, belia harus sedar khidmat dan tenaga mereka diperlukan untuk membangunkan negara yang lebih konstruktif.

Keupayaan itu harus lah dibangunkan dengan ilmu. Kerajaan haruslah menanam minat para belia untuk membaca, yang mana bahan bacaan itu berkeupayaan untuk membangun minda dan semangat diri untuk berubah. Dahulu belia kerap dikaitkan dengan masalah sosial, tapi hari ini belia sewajarnya menjadi pencetus kepada keupayaan dan dayajuang yang tinggi, serta penyelesai kepada masalah. Generasi baru belia harus dijaga agar moral dan akhlaknya tidak dirosakkan oleh persekitaran yang buruk, iaitu persekitaran yang dibentuk oleh generasi yang terdahulu. Para belia alpa dengan hiburan, perempuan dan wang ringgit semata-mata untuk terus hidup. Pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan.

Jalan yang dilalui oleh para belia umat (Syabab al-Ummah) harus dilengkapi lampu isyarat dan papan tanda amaran. Dengan isyarat yang jelas, perjalanan anak muda akan lebih selamat. Peraturan jalan raya (dan agama) sebenarnya bukan untuk mengongkong tetapi menjaga keselamatan dan keharmonian. Jika tidak kerana peraturan, jalan raya menjadi huru-hara dan kacau bilau kerana kenderaan kerap berlaga dan bertembung, mengakibatkan kemalangan.

Para syabab harus bersedia dari sudut tenaga dan keilmuan. Peribadi syabab ul-ummah mesti cantik, indah, sederhana dan terpuji. Itulah persekitaran yang sedang kita bina. Syabab ul Ummah peneraju wawasan negara.