1. Langkah pelestarian akhlak di kalangan remaja perlu untuk mengatasi masalah keciciran moral yang menjadi penyebab kepada gejala sosial.
2. Antara langkah pelaksanaan pelestarian ialah membimbing dan memperkukuhkan budaya warisan Melayu dan peradaban agama ke dalam diri pelajar.
3. Pelajar dididik menghormati lawan gender, taraf usia dan hubungan mahram.
4. Pendidikan seks terkawal diperkenalkan kepada anak yang sudah akil baligh atau seawal umur 9 tahun supaya mereka mengerti seks bukan segala-galanya.
5. Kemudian dalam soal usia, pelajar dididik supaya bertindak sesuai dengan kematangan dan perbezaan usia dalam soal hormat-menghormati dan berkongsi fikiran.
6. Pelajar juga diajar cara bersosial yang betul menurut adab dan nilai manusiawi yang memerlukan mereka bergaul menurut batas-batas pergaulan yang sihat.
7. Langkah pelestarian akhlak ini memfokuskan kepada pelajar yang keciciran khususnya mereka yang telah melakukan salahlaku moral, dan umumnya kepada semua pelajar yang bernama remaja.
8. Kita perlu memanfaatkan ilmu yang ada untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah yang ada.
9. Antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah menggembeleng usaha dan tenaga menyebarluaskan teori ilmu, tema, dasar atau tatacara akhlak kenegaraan Islam seperti malu, sabar, dermawan, pemurah, adil, sederhana, kasih sayang, tidak mementingkan diri dan mementingkan orang lain (rakyat didahulukan), tawakal, cekal, amanah, ikhlas, takwa, alim, warak, suka kebaikan dan sebagainya. Semarakkan majlis ilmu dan mengurangkan majlis hiburan yang melalaikan.
10. Memfokuskan agenda ke arah membina Negara berperadaban tinggi.
AKHLAK
PENGERTIAN AKHLAK
Akhlak bermaksud perilaku, budi pekerti, kesopanan, tatasusila,
adab, perangai, tingkah laku, tabiat, moral dan nilai etika yang baik (mahmudah) atau
buruk (mazmumah). Tiga pakar di bidang akhlak yaitu Ibnu Miskawaih, Al Gazali, dan Ahmad Amin menyatakan bahwa akhlak adalah
perangai yang melekat pada diri seseorang yang dapat memunculkan perbuatan baik
tanpa mempertimbangkan pikiran terlebih dahulu.
Akhlak dan keperibadian terunggul merujuk
kepada Nabi Muhammad saw:
Firman Allah: “Wainnaka la’ala khuluqin
azim” (Dan sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi
(mulia).
Firman Allah: “Innama bu’ithtu li utammima makarimal
akhlak” (Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia)
Kata Aisyah ra: “Khuluquhu al-Quran” (Keperibadiannya
Al-Quran)
BAHAGIAN AKHLAK
Secara ringkas, akhlak dalam Islam mencakupi beberapa
bahagian:
1.Akhlakul Ibadah (Akhlak Beribadat)
2.Akhlakul Mu'amalah (Akhlak Bermuamalat)
3.Akhlakul Munakahah (Akhlak Berumahtangga)
4.Akhlakul Siasah (Akhlak Berpolitik)
HURAIAN (Dalil Al-Quran dan Hadis)
1.Akhlakul Ibadah (Akhlak Beribadat)
1.1)Ihsan: Beribadah kepada Allah seolah-olah kamu
melihat Dia, dan jika kamu tidak dapat melihat Dia sesungguhnya Dia melihat
kamu.
1.2)Ikhlas:
Allah berkata. "Padahal mereka
tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan beribadah secara
ikhlas kepada Allah dan berpegang teguh kepada Allah."
~ Surah Al-Bayyinah, ayat 5 ~
Allah berkata, "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit-ungkit dan berkelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak)."
~ Surah Al-Baqarah, ayat 264 ~
Allah berkata lagi, "Mereka hanya bertujuan menunjuk-nunjuk memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali,"
~ Surah An-Nisak, ayat 142 ~
Abu Hurairah melaporkan, katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, "Allah yang Maha Mulia berkata, "Aku adalah Tuhan yang satu, tidak memerlukan sebarang sekutu. Sesiapa melakukan amalan untuk selain daripadaku, aku akan biarkan dia bersama sesuatu yang dia jadikan sekutuku itu."
~ Riwayat Muslim ~

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا
وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا
Dan hamba-hamba (Allah)
Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan
santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan jahil (kurang adab), hadapkan
kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari
perkara yang tidak diingini;
(al-Furqan: 63)
(al-Furqan: 63)
3.Akhlakul Munakahah (Akhlak Berumahtangga)
01. Rasulullah SAW pernah
mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui
sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku
adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya,
tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku
tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan
sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)
05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)
07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)
08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)
09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)
10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)
12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).
15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."
18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)
21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Antara Sabda Nabi SAW:
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

KESATUAN DALAM KEYAKINAN (UNITE IN CONFORMITY)
Membina kesatuan Umat adalah antara matlamat agung. Memetik kata-kata Syaikh Al-Mubarakfuri dari kitab Ar Rahiq al Makhtum (Sejaran Kehidupan Nabi Muhammad saw):
"Masalah-masalah yang baginda hadapi dari kalangan para sahabat ialah masalah perbezaan suasana di antara Madinah dan Makkah. Di Makkah, mereka hidup bersatu dan mempunyai tujuan yang sama, biarpun petempatan mereka bertaburan, hidup tertindas dan tidak mempunyai apa-apa kuasa."
Perbezaan suasana itu ialah ketika peringkat awal dakwah makkiah, kekuasaan berada di tangan musuh Islam. Kandungan utama wahyu tidak menekankan kepada kesatuan dan perpaduan masyarakat. Tidak sebagaimana selepas itu, iaitu peringkat dakwah madaniyah (dimulai oleh peristiwa hijrah), hijrah menyatukan pelbagai puak menjadi satu (aus dan khazraj, muhajirin dan ansar) bernaung di bawah satu keyakinan iaitu Rasulullah sebagai pemimpin agung dan murabbi(pendidik), serta sahifah madinah yang dipersetujui sebagai piagam bersama (yang #1 di dunia).
Kesatuan yang berasaskan keyakinan tauhid dan ibadah kepada Allah (syahaadah) dan rukun2 Islam yg lima serta rukun iman yang enam diperkuatkan oleh keyakinan kepada kepimpinan (imamah) Rasulullah selaku ketua negara.
Selain itu kesatuan berdasarkan kepada keyakinan kepada teras ukhuwah (semangat persaudaraan, persahabatan, kekeluargaan) yg membina masyarakat yang bersatu padu, berkasih sayang, menjaga keselamatan pertahanan dan keamanan di bumi madinah yang mereka diami (peperangan sbg jalan terakhir) meyaksikan Islam terdaulat di sana.
Firman Allah swt: "dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayaNya, menjadikan mereka bertambah iman (bertambah yakin), dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Al-Anfal 8:2)
Keyakinan ini dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat sehingga kewafatan baginda Rasul.
Suasana pada hari ini (akhir zaman) berbeza dari suasana pada awal kebangkitan Islam. Keyakinan umat Islam ibarat digoncang-goncang oleh suasana. Dunia ternanti-nanti ketibaan Dajjal yang bakal merosakkan suasana menjadi lebih buruk, sehingga ada yang menamakan diri mereka Anti-Christ. Tetapi umat Islam mesti tetap yakin dan berpegang teguh kepada ajaran Islam meskipun pada hari musuh Allah itu muncul. Moga Allah melindungi kita dari fitnah al-Masih Dajjal laknatullah.
Kita dihadapkan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Antara ujian dan dugaan umat hari ini ialah umat yang berpecah dan mengembalikan kedaulatan Islam ke tempat asalnya. Perjuangan ini menuntut kesabaran yang tinggi bagi para pendokong. Jika tiada keyakinan dalam hal ini, maka tiadalah kesatuan dan matlamat yang kita impi-impikan. KESATUAN DALAM KEYAKINAN::

MEMBUMIKAN PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Apakah yg dikatakan membumikan
perjuangan? Sesuatu perjuangan itu dipandang terlalu tinggi dan jika
tidak membumi. Jadi kita mesti berusaha untuk membumikannya. Salah
satu cara ialah mencari kaedah atau tema yg bersesuaian. Antara tema
biasa: Al-Islam. Bagaimana membumikan perjuangan Islam? Bila menyebut
Islam, kita teringat nabi Kita yg membawa risalah islam iaitu Naabi
Muhammad. Baaginda membumikan perjuangan Islam. Jika kita merujuk
kepada Sirah Nabi, pada peringkat awal Islam disampaikan secara
senyap-senyap. Selepas 3 tahun, barulah Islam disebarkan secara
terang-terangan. Nabi menyampaikan ajaran Islam iaitu supaya beriman
kepada Allah. Ini adalah asas tauhid. Nabi meminta keluarga dan
sahabatnya meninggalkan tradisi meyembah berhala kepada menyembah
Allah yang Maha Esa. Cara Rasulullah membumikan perjuangan ini ialah
dengan menjelaskan hakikat kewujudan Allah dan perlunya manusia
mengabdikan diri kepadaNya. Ini terkandung dalam pensaksian dua
kalimah syahadah: Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Pensaksian ini menggambarkan
falsafah hubungan dengan Allah (Hablum minAllah) dan hubungan dengan
manusia (Hablum minan nas). Pokok perjuangan Rasulullah ialah dakwah
supaya manusia mentauhidkan Allah.
Umat Islam pada hari ini haruslah
mengambil ibrah daripada pelajaran ini. Kita selayaknya sebagai hamba
Allah hendaklah menyambung risalah perjuangan nabi supaya manusia
mentauhidkan Allah. Betapa ramai orang kafir diluar sana yang belum
mendapat maklumat tentang ajaran Islam yang sebenar. Kajian
terperinci boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas bukan Islam
tentang agama Islam, disamping berdakwah kepada mereka. Terdapat
sebilangan metodologi atau cara pendekatan yang boleh digunakan untuk
berdakwah, antaranya ialah menerusi pengajian talaqqi (secara
langsung), atau menerusi media elektronik (televisyen, radio dan
internet) atau menerusi media bercetak (buku, majalah, akhbar dan
sebagainya). Sepanjang pemerhatian saya terhadap perkembangan dakwah
semasa Islam kepada non- Muslim di Malaysia, saya dapati rakyat
kurang memberi perhatian kerana mungkin beranggapan bahawa
tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim terletak di atas bahu
ustaz-ustaz, ulama dan institusi seperti YADIM, JAKIM, PERKIM dan
sebagainya. Kemungkinan ini memerlukan kajian lebih lanjut jika mahu
disahkan sebagai penyebab mengapa rakyat Malaysia kurang mementingkan
dakwah Islam terhadap bukan Islam. Menurut perangkaan, pada tahun
2005, jumlah umat Islam di Malaysia ialah seramai 14,467,694 (60.4%)
dari 23,953,136 orang. Bermakna 29.6% bukan Islam. Hampir 30%
menganut agama selain Islam. Alhamdulillah, jumlah ini boleh
dibanggakan walaupun jumlah bukan Islam masih lagi besar mencecah 9
juta orang dari kesemua populasi rakyat Malaysia.
Tiada paksaan dalam beragama. Islam
tidak memaksa orang lain untuk menganut agama Islam tanpa kerelaan
hati atau dengan kata lain meletakkan pisau di tengkuk sebagai syarat
menerima Islam. Sungguhpun begitu, ajaran agama Islam supaya manusia
beriman kepada Allah hendaklah disampaikan tanpa tekanan dari
mana-mana pihak tetapi demi menyelamatkan manusia dari siksa api
neraka di akhirat kelak dan melihat kekuatan dari jumlah umat Islam
yang ramai. Nabi amat berbangga dengan jumlah umat Islam yang ramai
(dan berkualiti). Alangkah indahnya jika semua manusia patuh kepada
ajaran Islam selepas menerima kesenangan dan rahmat Islam yang dibawa
oleh Rasulullah saw. Tidak mustahil jika kena cara dan izin Allah (INSYAALLAH),
seluruh rakyat Malaysia akan beriman kepada Allah sebagaimana
keseluruhan rakyat di negara Arab Saudi (yang ketika dahulu amat
jahil dan hidup dalam suasana jahiliyah; menyembah berhala). Ke arah
membumikan perjuangan Islam di Malaysia!
MEMBANGUN KEUPAYAAN MEMBINA PERSEKITARAN
Keupayaan untuk membangunkan
persekitaran yang baik harus dibina. Tujuan utama ialah supaya
negara kita memiliki ekosistem atau lanskap yang bersesuaian dengan
wawasan zaman. Wawasan negara yang kita tuju ialah pada tahun 2020,
Malaysia membangun menjadi negara maju dan berkebolehan. Kebolehan
Malaysia pada masa itu boleh disamatarakan dengan keupayaan
negara-negra maju lain dalam semua aspek pembangunan insaniah dan
fizikal, sains dan teknologi.
Tidak cukup dengan persekitaran yang
cantik dan indah, Malaysia perlu cukup lengkap dengan prasarana moden
dan selesa. Ketika negara berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun
1999, persekitaran Malaysia digelapkan krisis manipulasi matawang
oleh penyangak Yahudi bernama George Soros.
Persekitaran yang cantik dan indah
menjadi aset pelancongan untuk menarik kehadiran ramai pelancong.
Kita kadang-kadang tidak nampak kelebihan yang ada pada negara kita
dari sudut keindahan kawasan. Jika dibangunkan dengan baik dan diberi
perhatian dan 'belaian' yang lebih, keistimewaaan dan kelebihan itu
dapat ditonjolkan dan memberi pulangan kepada negara.
Program My Beautiful Malaysia baru
sahaja dilancarkan semalam (3 Februari 2013). Program kesukarelaan
Malaysia itu khususnya pada belia bertujuan untuk menanam jiwa
patriotik (cintakan negara) dengan memberikan khidmat terbaik dengan
kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Khidmat sukarela harus juga
mendapat penghargaan walaupun sekadar pujian. Walaupun tidak
diberikan sebarang Anugerah Kesukarelaan atau bintang, belia harus
sedar khidmat dan tenaga mereka diperlukan untuk membangunkan negara
yang lebih konstruktif.
Keupayaan itu harus lah dibangunkan
dengan ilmu. Kerajaan haruslah menanam minat para belia untuk
membaca, yang mana bahan bacaan itu berkeupayaan untuk membangun
minda dan semangat diri untuk berubah. Dahulu belia kerap dikaitkan
dengan masalah sosial, tapi hari ini belia sewajarnya menjadi
pencetus kepada keupayaan dan dayajuang yang tinggi, serta penyelesai
kepada masalah. Generasi baru belia harus dijaga agar moral dan
akhlaknya tidak dirosakkan oleh persekitaran yang buruk, iaitu
persekitaran yang dibentuk oleh generasi yang terdahulu. Para belia
alpa dengan hiburan, perempuan dan wang ringgit semata-mata untuk
terus hidup. Pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan.
Jalan yang dilalui oleh para belia umat (Syabab al-Ummah) harus dilengkapi lampu isyarat dan papan tanda
amaran. Dengan isyarat yang jelas, perjalanan anak muda akan lebih
selamat. Peraturan jalan raya (dan agama) sebenarnya bukan untuk
mengongkong tetapi menjaga keselamatan dan keharmonian. Jika tidak
kerana peraturan, jalan raya menjadi huru-hara dan kacau bilau kerana
kenderaan kerap berlaga dan bertembung, mengakibatkan kemalangan.
Para syabab harus bersedia dari sudut
tenaga dan keilmuan. Peribadi syabab ul-ummah mesti cantik, indah,
sederhana dan terpuji. Itulah persekitaran yang sedang kita bina. Syabab ul Ummah peneraju wawasan negara.
MEMBENTUK PERSEKITARAN MADANI
Persekitaran Madani sesuai dibentuk di Malaysia
Pembentukan persekitaran madani di Malaysia perlu bercirikan Urban Society (masyarakat bandar yang moden) dalam semua aspek kehidupan termasuk cara berfikir (way of thinking), cara hidup (way of living), cara beragama dan berbudaya, cara bekerja dan bertindakbalas (way of reacting).
Masyarakat tidak lagi dibelenggu oleh kejumudan fikiran dalam era teknologi maklumat ini kerana segala maklumat dihujung jari. Segala 'pintu' terutamanya pintu kebaikan boleh dibuka dengan kunci minda (key of knowledge) sementara pintu keburukan pula ditutup rapat dengan kunci iman (key of faith).
Langkah kerajaan memperkasakan bidang pendidikan dipuji dan wajar lebih diberi keutamaan dalam merealisasikan persekitaran madani di Malaysia. Fokus ke arah itu jika diberi keutamaan oleh semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat dilihat positif kerana dapat mengembangkan status negara maju pada masa hadapan berlandaskan ajaran Islam yang universal.
Antara ancaman subversif yg menghalang pembentukan persekitaran itu ialah ketakutan terhadap Islam (islamophobia) merupakan persepsi yang dipopularkan oleh Barat dan merupakan masalah yg seiringan dengan agenda pendoktrinan yahudi dalam kesemua cara-cara di atas (way of thinking, living,reacting). Masyarakat Islam pasif dengan dengan persekitaran sedia ada dengan menerima segala bentuk peliberalan dan enggan menolak ancaman itu dengan konsisten. Konsistensi amat signifikan memandangkan bagi menyekat ancaman yang datang bertali arus tanpa henti mengakibatkan penyakit yang diwarisi oleh generasi. Penyakit diabetis tidak mengakibatkan jangkitan kepada organ perkumuhan sebaliknya tetapi organ lain yang tidak bersangkutan. Ancaman itu juga ibarat virus HIV yang melemahkan sistem pertahanan badan secara perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan kematian umat untuk jangka masa panjang.
Kegagalan sistem pendidikan dikatakan menjadi penyebab mengapa mindsetting umat tidak berubah, tidak mantap dan hanyut dengan suasana. Kita tidak pasti di manakah kekurangan sistem pendidikan kita,mungkin kita terlalu ekstrim dengan pendekatan Barat, sedangkan teras pendidikan kita dahulu berteraskan agama (sistem pondok). Mungkin sistem pendidikan pondok (murid duduk, makan, minum, tidur, bersolat, beriadah dengan guru) perlu diwujudkan kembali. Ini tidak wujud walaupun di asrama. Bagaimana kita ingin melahirkan pelajar yang mewarisi ilmu yang holistik sedangkan teori tidak dipraktikkan. Bagaimana guru dapat melahirkan pelajar yang mantap jika cara hidup, cara bertindakbalas tidak diketahui gurunya dan ditegur jika tersilap. Pelajar perlu belajar dari kesilapan yang dibuat. Di rumah mereka sangat bebas, sebab ibubapa pada asasnya bukan guru walaupun pada prinsipnya mereka perlu menjadi guru. Ibubapa hari ini ramai yang bersikap lepas tangan kerana kesibukan tanpa menegur kesilapan anak-anak seperti anak-anak kerap keluar, bebas pula berkawan di antara lelaki dan perempuan. Sistem pendidikan pondok tidak sebegitu coraknya. Segala ragam mereka dipantau oleh guru (syaikh).
Kesimpulannya, masyarakat madani amat perlu kepada perancangbentuk dan pendidikan persekitaran yang sesuai dengan kehendak Islam dan masa. Islam bukan sahaja membentuk sistem ekonomi dan pendidikan, malah sistem sosial dan bernegara. Masyarakat madani mustahil dapat dizahirkan jika persekitaran fizikal dan manusiawinya tidak madani (hapuskan pusat judi, pusat pelacuran, pusat hiburan, pusat pengeluaran arak). We are what we think.
KALIMAH ALLAH DAN MAKRIFATULLAH
MAKRIFATULLAH - Suatu Dorongan Ke Arah Penyatuan Umat
Kemelut penggunaan kalimah Allah (disebabkan permintaan Guan Eng) sebenarnya memberi erti yang cukup besar dan penting jika dilihat dari sudut pandang dan kacamata ilmu Islam. Islam amat menitikberatkan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan pengenalan terhadap Allah. Mungkin isu ini boleh membuka ruang dan minda orang Islam serta bukan Islam supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah Sang Maha Pencipta, dan Allah memperkenalkan dirinya untuk dikenali (Ibn Ataillah Askandari-kitab Hikam)
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, memperuntukkan sedikit waktu kita untuk memikirkan mengenai senario Islam dan bukan Islam di negara ini. Alangkah baiknya jika Islam dan Kristian berdamai, dalam erti kata mencari kebenaran mengenai erti kalimah Allah yang sebenar.
Bagi umat Islam pula, marilah kita membina kesedaran melalui kehendak Allah ini untuk sama-sama bermuhasabah memperuntukkan sedikit ruang dan waktu untuk bersama memikirkan mengenai kebesaran Allah yang menciptakan kita semua. "Kullukum min aadam wa aadam min turab", kita semua dari Adam, dan Adam daripada tanah.
Bermula dari saat ini marilah kita berganding bahu untuk sama-sama mendaulatkan kalimah Allah dalam erti kata dan kehendak yang sebenar. Kehendak Allah kepada kita ialah bersatu-padu mendokong kalimah Allah yang satu: "Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah."
Sebelum itu, hendaklah kita mengenal Allah dengan sebenar-benar erti pengenalan. "Makrifatullah" dengan mendalam, hakikat iradah dan tarbiyah yang Allah berikan melalui kalam Nabi-nabi dan sunnah Rasulullah SAW dan Kalamullah yang diturunkan iaitu Al-Quran."Inna haazal Quran yahdi lillati hiya aqwam."
Bersempena kedatangan Maulidurrasul, marilah kita menyelami perjuangan Rasul kita dalam mendaulatkan Islam di muka ini sebagai perjuangan yang suci. Cintailah Rasul kita dengan sebenar-benar kecintaan, dan mengharapkan ridha dan mahabbah dari Allah. "Qul in kuntum tuhibbunaAllaha fattabi'uni yuhbibkumuLlah."
Sekiranya kita cinta kepada Allah dan Rasul maka turutilah Allah (Al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah), supaya kita kelak sama-sama dicintai Allah.
Himpunan fatwa mengatakan tidak boleh kita membenarkan kalimah Allah diperkotak-katikkan, dalam erti tidak boleh membenarkan orang bukan Islam untuk menggunakannya dalam al-Kitab (Bible). Ini langkah yang pasti. Pastilah tidak boleh. "Lakum dinukum wa liyadin." Bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita.
Tapi yang lebih pasti ialah, kalimah Allah hak kita bersama. Tidak perlu bermusuh dan bertikam lidah, apatah lagi sesama Muslim hanya kerana "Tuhan" atau "Allah". Sama sahaja. "Alhamdulillahi robbil aalamin" Allah itu satu Tuhan itu satu kepada kita, iaitu yang memelihara kita dan sekalian alam. Kalimah tauhid terkandung kalimah Allah. Maka kita satu hati dan fikiran walaupun berlainan jasad. Allah mendorong kita untuk bersatu dalam satu kalimah tauhid, walau selepas itu kita berlainan pendapat dan fikiran. Itu fitrah dan rahmat bagi ummah.
Tulisan ini hanya ulasan. Harap yang membaca dapat mengambil manfaat dan iktibar. Sebaik-baik ilham, ilham Allah kepada Nabi Muhammad saw.
-alFaaqir ilaLlah-
HUMAN THUNDER – a short English story about a Malaysian Super Hero
Ahmad is a boy who lives in a village. He is 12 years old. One day, he plays football with his friend in the play field. After sometimes, the sky turns black. Its going to rain. Wind blows very hard. Ahmad and his friends do not stop playing. They are very happy playing at the play field.
Suddenly, a
thunder strikes Ahmad. Ahmad falls down unconsciously. His friends
runaway except Ali and Karim. Both of them turn panic. Ali cries for
help. He tells Karim to ask for help. Ali holds Ahmad and tries to wake
him. Nothing happen to Ahmad.
After a few
minutes, Karim comes with his father. They carry Ahmad and send him
to the hospital with a car.
At the hospital,
they are many people try to help Ahmad. Ahmad still unconscious.
After a few days,
Ahmad wakes up. He fells hurt on his chest. He opens his shirt and sees
a burning mark on his chest. A nurse tells him that he was stroked by
a lightning. Ahmad asks for a permission from a doctor to return to his
home. The doctor does not allow him until his father comes.
Ahmad's father,
Encik Saiful comes to the hospital with Puan Salmah, Ahmad's mother.
They ask the doctor how is the condition of Ahmad. Doctor tells he is fine.
They are allowed to go home.
Ahmad confuses. He
does not know what happen to him after the strike of lightning. He
asks his father, Encik Saiful. He said: “You are seriously injured.
Karim's father brought you to this hospital. You were unconscious for
2 days.”
Puan Salmah said:
“Thank God you are save. Nothing bad happen to you.”
Encik Saiful
continued: “Thank God, you are still alive.”
They walk to the car park where Encik Saiful parked his car.
“Let's
go home,” said Encik Saiful.
…......
Next day, Ahmad wake-up from his bed. He feels a lot better today. This evening, he
plans to go the play field to play football with his friend.
“How
are you Ahmad?” ask Ali.
“I'm
fine. Thank you.”
“Can
I play?”
“Yes,
of course?”
Suddenly, a dog
barks. It came from no where. A dog runs to Ahmad and try to bite him.
Ahmad puts his hand towards the dog. A flash of light comes out and
strikes the dog. The dog died.
“What
the...” said Ahmad.
“Ahmad,
what happen?”
“It
tried to bite me. So I did this.” He shows his hand. He puts his hand
towards the dog.
“The
dog has died. You killed the dog..”
They amazed and
shocked.
“Let's
go home.” They see many people at the play field look at them.
Ahmad confused.
Something amazing happen to him and to the dog. He keeps quite. He
thinks that the lightning comes out from his hand and killed the dog.
“Poor
dog.” Ahmad whispers. He look at his hand. “Where's the light
come from?” He asks himself.
Ali also confused. Ali asks from Ahmad to go home. He scared for what happened.
On the way back to
his home, Ahmad stops by a shop. He wants to buy some candies.
Suddenly, a man rushes in the shop. He asks for money. He is a
robber. Ahmad puts his hand towards the man. A stripe of lightning
comes out and hits the robber. He falls down. “Ah, its hurt. What you
did to me?” He feels afraid. He wakes up and runs away without
looking back.
“Thanks boy. You
have saved me and my shop.” Said Pak Hasan, the shopper.
Ahmad realizes
that his hand has a power of lightning. He feels happy.
“Now
I know how to control this power.”
He rushes to his
bicycle and ride back home.
[The End]
Do you enjoy this
story?
I hope that this story can be published and saves many lives :-)
Feel free to contact me via facebook or e-mail (azharesli@gmail.com)
I hope that this story can be published and saves many lives :-)
Feel free to contact me via facebook or e-mail (azharesli@gmail.com)
REVOLUSI HAYAT
Hidup perlu ada revolusi. Perubahan ke arah kebaikan yg
lebih baik dari semalam.
Mengapa perlu revolusi dalam kehidupan, kerana Allah
menghendakkan begitu. Firman Allah bermaksud: “Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, sehingga mereka mengubahnya sendiri.”
Dalam gerak langkah menuju kebaikan, kita tidak lepas dari
tersadung akar kesilapan. Juga tidak lepas dari terpijak duri dugaan. Yang
bernama kehidupan juga tidak lari dari sangkar maut. Kita diingatkan setiap
hari dalam bacaan solat. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
Lapis-lapis bumi menunggu kita untuk bersemadi. Maka sebelum
itu, kita wajib berjasa kepada kerak bumi. Dan jiwaku ini kelak jika tiada
siapa mengenang di bumi,maka aku ingin di kenang makhluk di langit.
Aku ingin merovolusikan seluruh hayatku kepada Allah azza
wajalla. Apa yg aku mampu ialah menulis di atas kanvas putih maya ini. Kelak
jika tiada siapa yang menyedari bila matiku, tulisanku ini adalah bukti saksi
kewujudanku di mayapada. Aku tidak mengharap anugerah dan pujian dari sesiapa.
Jangan memuji kerana pujian itu kelak bakal memakan semangat diri untuk
berubah.
Tempias perubahan mula membasahi rona diri. Walaupun basah
langkah ini perlu diteruskan. Alhamdulillah ada tempat berteduh di rumah yg
kunamakan mahligai hayat. Hujan menimpa membasuh kesedihan diri selepas
ditinggalkan.
Lontaran nasihat dari ayahanda membongkar kelemahan dan
kelelahan diri. Lelah untuk melangkah dalam seribu kelemahan. Angin nasihat
yang menyapa meniup bara membakar semangat juang diri untuk terus hidup dan
berubah.
Senyum tawa riang anakanda pengubat jiwa lara.
Entah sampai bila. Mungkin sampai jasadi ini bersemadi dalam
kerak bumi, bersarmadi.
Kantung kebajikan masih penuh untuk menyara hidup. Begitulah
riak makan gaji. Sesekali rasa untuk bangun berniaga, tapi belum cukup
bertenaga. Bisnes perlukan pencapaian. Apa yang ingin dicapai? Kekayaan? Apakah
kekayaan itu bisa merevolusikan hayat diri? Atau sekadar memuaskan nafsu dan
terhenti bila direnggut nyawa oleh malaikat yang menanti. Sedar diri.
Langkah menuju kemewahan tidak pasti. Rasa cukup andai dapat
membayar kereta, rumah dan PTPTN. Mahu beristeri, entah siapa yang sudi.
Nyalaan obor hayat tidak semarak dulu. Dulu berkobar-kobar
dengan semangat menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Kini longlai di taman
Astakona.
Tiada daya upayaku melainkan daya upaya yg diberikan Allah.
Lahaulawala quwwata illa billahil aliyyil azim..
TRANSFORMASI ILMU (part 3) - MEMBINA PSIKOLOGI DAN FIKRAH KENABIAN
Amalan membina fikrah sebenarnya telah bermula sejak
pengutusan para nabi dan Rasul. Mereka mengajak manusia mengesakan Allah dan menyembahNya.
Penyampaian risalah yang membina fikrah manusia telah dilakukan oleh Nabi
Muhammad saw sepanjang 23 tahun, yang mana satu demi satu ayat Al-Quran dan
hadis telah disampaikan oleh baginda kepada umat manusia. Rasul berjaya
mengatasi kecelaruan akidah dan pemikiran yang berlaku pada zaman jahiliyah dan
mengembalikan mereka kepada akidah yang satu.
Inilah fikrah kenabian yang dituntut oleh para daie untuk
mencarinya. Pada diri nabi rasa bertuhan yang sangat tinggi, ketakwaan dan
keyakinan kepada Allah mengatasi keyakinan kepada yang lain. Kita tidak boleh
atau mustahil untuk menjadi nabi kerana darjatnya berbeza dengan darjat manusia
biasa, akan tetapi kita dapat mencari norma-norma kehidupan yang dijalani oleh
para nabi seperti rendah hati, tawaduk, zuhud, bertaqwa, sabar, ikhlas,
mencintai kebaikan, mencintai ilmu, soleh dan sebagainya.
Mengapa perlu fikrah kenabian?
Antara sebab mengapa perlunya seseorang muslim atau daie itu
berfikir seperti nabi ialah kerana kita dituntut mendekatkan diri kepada Allah
dan memperoleh cintaNya. Tidak ada cara lain untuk mendekatkan diri kepada
Allah selain ‘bertawasul’ atau berwasilahkan jalan ketaqwaan yang ditunjukkan
oleh para nabi dan rasul. Firman Allah: Katakanlah sekiranya kamu mencintai
Allah maka ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya kamu dicintai Allah. Cinta
Allah adalah segala-galanya di dunia. Orang yang dicintai Allah sentiasa dekat
dan sayang kepada Nya. Orang yang dicintai Allah, dosanya sentiasa diampunkan
apabila dipohon.
Kedua, fikrah kenabian menyelamatkan kita dari berbuat dosa.
Ketiga, fikrah kenabian membawa kepada perpaduan dan kesejahteraan hidup.
Keempat, fikrah kenabian menyelamatkan kita dari kesesatan.
Kelima, fikrah kenabian meningkatkan darjat ketaqwaan, bukan
mengasingkan kita dari manusia biasa tetapi digolongkan bersama-sama orang yang
beriman dan bertaqwa.
Keenam, fikrah kenabian melayakkan kita untuk mendapat
keredhaan dan syurga. Apabila kita sentiasa berfikir mengenai agama Allah, kita
akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan rohani supaya iman sentiasa
tebal dalam diri dan mengelakkan diri dari melakukan maksiat.
Ketujuh, fikrah kenabian adalah ciri-ciri manusia yang
mempunyai hikmah kebijaksanaan. Luqmanul Hakim adalah seorang yang bijaksana
walaupun beliau bukan Nabi sehingga nama dan untaian nasihatnya terukir di
dalam Al-Quran. Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta para sahabat salafussoleh
adalah orang yang bijaksana kerana mempunyai fikrah kenabian ini. Fikir mereka
tidak lain ialah untuk mengembangkan Islam dan mendaulatkannya, melebihi
kepentingan duniawi.
Kelapan, fikrah kenabian mencerminkan akhlak yang terpuji, mendidik
diri untuk sentiasa jujur dan dipercayai. Nabi Muhammad saw dikenali sebagai
Al-Amin atau orang yang jujur, amanah dan dipercayai oleh masyarakat Arab.
Kerana ketinggian akalbudinya maka baginda telah dilantik sebagai jurudamai dan
peniaga yang berjaya.
Kesembilan, fikrah kenabian adalah sumber ilmu yang suci.
Allah menganugerahkan fikrah kenabian kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan
juga kepada sesiapa yang berusaha ke arah mensucikan diri.
Kesepuluh, fikrah kenabian adalah permata akhir zaman.
Sesiapa yang berfikir atas dasar keimanan dan ketaqwaan, maka Allah menunjukkan
dia kepada jalan yang lurus. Kesibukan dunia tidak menghalang dia dari
mengingati Allah dan Allah sentiasa ingat kepadanya.
Bagaimana memperoleh fikrah kenabian?
Pertama, sentiasa berfikir mengenai kebesaran Allah pada
makhluk, alam dan kejadian diri.
Kedua, bermohon kepada Allah agar Allah memberikan taufik
dan hidayah.
Ketiga, sentiasa berzikir mengingati Allah setiap waktu dan
ketika.
Keempat, mengutamakan pembacaan Al-Quran dan hadis Nabi saw
serta mengambil tauladan dan pengajaran dari pembacaan Al-Quran dan hadis.
Kelima, membaca buku-buku yang membina fikrah, psikologi dan
sejarah.
Keenam, terapikan diri dengan solat dan ibadah, serta
istiqomah dalam melakukannya.
Ketujuh, mengasingkan diri dari berfikir mengenai keburukan
orang lain dan sentiasa memikirkan mengenai kebaikan.
Dan lain-lain...
Oleh itu, adalah digalakkan kepada kita untuk mencari jalan
untuk membina fikrah kenabian dalam diri sebab nabi tidak meninggalkan harta
kepada kita, kecuali ilmu dan fikrah yang benar untuk keselamatan dan kebaikan di
dunia dan akhirat. Berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa mendapat rahmat, keampunan dan kebahagiaan sebagaimana rahmat keampunan dan kebahagiaan yang dianugerahkan kepada para
anbiya dan solehin. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)