Keupayaan untuk membangunkan
persekitaran yang baik harus dibina. Tujuan utama ialah supaya
negara kita memiliki ekosistem atau lanskap yang bersesuaian dengan
wawasan zaman. Wawasan negara yang kita tuju ialah pada tahun 2020,
Malaysia membangun menjadi negara maju dan berkebolehan. Kebolehan
Malaysia pada masa itu boleh disamatarakan dengan keupayaan
negara-negra maju lain dalam semua aspek pembangunan insaniah dan
fizikal, sains dan teknologi.
Tidak cukup dengan persekitaran yang
cantik dan indah, Malaysia perlu cukup lengkap dengan prasarana moden
dan selesa. Ketika negara berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun
1999, persekitaran Malaysia digelapkan krisis manipulasi matawang
oleh penyangak Yahudi bernama George Soros.
Persekitaran yang cantik dan indah
menjadi aset pelancongan untuk menarik kehadiran ramai pelancong.
Kita kadang-kadang tidak nampak kelebihan yang ada pada negara kita
dari sudut keindahan kawasan. Jika dibangunkan dengan baik dan diberi
perhatian dan 'belaian' yang lebih, keistimewaaan dan kelebihan itu
dapat ditonjolkan dan memberi pulangan kepada negara.
Program My Beautiful Malaysia baru
sahaja dilancarkan semalam (3 Februari 2013). Program kesukarelaan
Malaysia itu khususnya pada belia bertujuan untuk menanam jiwa
patriotik (cintakan negara) dengan memberikan khidmat terbaik dengan
kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Khidmat sukarela harus juga
mendapat penghargaan walaupun sekadar pujian. Walaupun tidak
diberikan sebarang Anugerah Kesukarelaan atau bintang, belia harus
sedar khidmat dan tenaga mereka diperlukan untuk membangunkan negara
yang lebih konstruktif.
Keupayaan itu harus lah dibangunkan
dengan ilmu. Kerajaan haruslah menanam minat para belia untuk
membaca, yang mana bahan bacaan itu berkeupayaan untuk membangun
minda dan semangat diri untuk berubah. Dahulu belia kerap dikaitkan
dengan masalah sosial, tapi hari ini belia sewajarnya menjadi
pencetus kepada keupayaan dan dayajuang yang tinggi, serta penyelesai
kepada masalah. Generasi baru belia harus dijaga agar moral dan
akhlaknya tidak dirosakkan oleh persekitaran yang buruk, iaitu
persekitaran yang dibentuk oleh generasi yang terdahulu. Para belia
alpa dengan hiburan, perempuan dan wang ringgit semata-mata untuk
terus hidup. Pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan.
Jalan yang dilalui oleh para belia umat (Syabab al-Ummah) harus dilengkapi lampu isyarat dan papan tanda
amaran. Dengan isyarat yang jelas, perjalanan anak muda akan lebih
selamat. Peraturan jalan raya (dan agama) sebenarnya bukan untuk
mengongkong tetapi menjaga keselamatan dan keharmonian. Jika tidak
kerana peraturan, jalan raya menjadi huru-hara dan kacau bilau kerana
kenderaan kerap berlaga dan bertembung, mengakibatkan kemalangan.
Para syabab harus bersedia dari sudut
tenaga dan keilmuan. Peribadi syabab ul-ummah mesti cantik, indah,
sederhana dan terpuji. Itulah persekitaran yang sedang kita bina. Syabab ul Ummah peneraju wawasan negara.