Hidup perlu ada revolusi. Perubahan ke arah kebaikan yg
lebih baik dari semalam.
Mengapa perlu revolusi dalam kehidupan, kerana Allah
menghendakkan begitu. Firman Allah bermaksud: “Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, sehingga mereka mengubahnya sendiri.”
Dalam gerak langkah menuju kebaikan, kita tidak lepas dari
tersadung akar kesilapan. Juga tidak lepas dari terpijak duri dugaan. Yang
bernama kehidupan juga tidak lari dari sangkar maut. Kita diingatkan setiap
hari dalam bacaan solat. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
Lapis-lapis bumi menunggu kita untuk bersemadi. Maka sebelum
itu, kita wajib berjasa kepada kerak bumi. Dan jiwaku ini kelak jika tiada
siapa mengenang di bumi,maka aku ingin di kenang makhluk di langit.
Aku ingin merovolusikan seluruh hayatku kepada Allah azza
wajalla. Apa yg aku mampu ialah menulis di atas kanvas putih maya ini. Kelak
jika tiada siapa yang menyedari bila matiku, tulisanku ini adalah bukti saksi
kewujudanku di mayapada. Aku tidak mengharap anugerah dan pujian dari sesiapa.
Jangan memuji kerana pujian itu kelak bakal memakan semangat diri untuk
berubah.
Tempias perubahan mula membasahi rona diri. Walaupun basah
langkah ini perlu diteruskan. Alhamdulillah ada tempat berteduh di rumah yg
kunamakan mahligai hayat. Hujan menimpa membasuh kesedihan diri selepas
ditinggalkan.
Lontaran nasihat dari ayahanda membongkar kelemahan dan
kelelahan diri. Lelah untuk melangkah dalam seribu kelemahan. Angin nasihat
yang menyapa meniup bara membakar semangat juang diri untuk terus hidup dan
berubah.
Senyum tawa riang anakanda pengubat jiwa lara.
Entah sampai bila. Mungkin sampai jasadi ini bersemadi dalam
kerak bumi, bersarmadi.
Kantung kebajikan masih penuh untuk menyara hidup. Begitulah
riak makan gaji. Sesekali rasa untuk bangun berniaga, tapi belum cukup
bertenaga. Bisnes perlukan pencapaian. Apa yang ingin dicapai? Kekayaan? Apakah
kekayaan itu bisa merevolusikan hayat diri? Atau sekadar memuaskan nafsu dan
terhenti bila direnggut nyawa oleh malaikat yang menanti. Sedar diri.
Langkah menuju kemewahan tidak pasti. Rasa cukup andai dapat
membayar kereta, rumah dan PTPTN. Mahu beristeri, entah siapa yang sudi.
Nyalaan obor hayat tidak semarak dulu. Dulu berkobar-kobar
dengan semangat menuntut ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Kini longlai di taman
Astakona.
Tiada daya upayaku melainkan daya upaya yg diberikan Allah.
Lahaulawala quwwata illa billahil aliyyil azim..