MEMBENTUK PERSEKITARAN MADANI


Persekitaran Madani sesuai dibentuk di Malaysia

Pembentukan persekitaran madani di Malaysia perlu bercirikan Urban Society (masyarakat bandar yang moden) dalam semua aspek kehidupan termasuk cara berfikir (way of thinking), cara hidup (way of living), cara beragama dan berbudaya, cara bekerja dan bertindakbalas (way of reacting).

Masyarakat tidak lagi dibelenggu oleh kejumudan fikiran dalam era teknologi maklumat ini kerana segala maklumat dihujung jari. Segala 'pintu' terutamanya pintu kebaikan boleh dibuka dengan kunci minda (key of knowledge) sementara pintu keburukan pula ditutup rapat dengan kunci iman (key of faith).

Langkah kerajaan memperkasakan bidang pendidikan dipuji dan wajar lebih diberi keutamaan dalam merealisasikan persekitaran madani di Malaysia. Fokus ke arah itu jika diberi keutamaan oleh semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat dilihat positif kerana dapat mengembangkan status negara maju pada masa hadapan berlandaskan ajaran Islam yang universal.

Antara ancaman subversif yg menghalang pembentukan persekitaran itu ialah ketakutan terhadap Islam (islamophobia) merupakan persepsi yang dipopularkan oleh Barat dan merupakan masalah yg seiringan dengan agenda pendoktrinan yahudi dalam kesemua cara-cara di atas (way of thinking, living,reacting). Masyarakat Islam pasif dengan dengan persekitaran sedia ada dengan menerima segala bentuk peliberalan dan enggan menolak ancaman itu dengan konsisten. Konsistensi amat signifikan memandangkan bagi menyekat ancaman yang datang bertali arus tanpa henti mengakibatkan penyakit yang diwarisi oleh generasi. Penyakit diabetis tidak mengakibatkan jangkitan kepada organ perkumuhan sebaliknya tetapi organ lain yang tidak bersangkutan. Ancaman itu juga ibarat virus HIV yang melemahkan sistem pertahanan badan secara perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan kematian umat untuk jangka masa panjang.

Kegagalan sistem pendidikan dikatakan menjadi penyebab mengapa mindsetting umat tidak berubah, tidak mantap dan hanyut dengan suasana. Kita tidak pasti di manakah kekurangan sistem pendidikan kita,mungkin kita terlalu ekstrim dengan pendekatan Barat, sedangkan teras pendidikan kita dahulu berteraskan agama (sistem pondok). Mungkin sistem pendidikan pondok (murid duduk, makan, minum, tidur, bersolat, beriadah dengan guru) perlu diwujudkan kembali. Ini tidak wujud walaupun di asrama. Bagaimana kita ingin melahirkan pelajar yang mewarisi ilmu yang holistik sedangkan teori tidak dipraktikkan. Bagaimana guru dapat melahirkan pelajar yang mantap jika cara hidup, cara bertindakbalas tidak diketahui gurunya dan ditegur jika tersilap. Pelajar perlu belajar dari kesilapan yang dibuat. Di rumah mereka sangat bebas, sebab ibubapa pada asasnya bukan guru walaupun pada prinsipnya mereka perlu menjadi guru. Ibubapa hari ini ramai yang bersikap lepas tangan kerana kesibukan tanpa menegur kesilapan anak-anak seperti anak-anak kerap keluar, bebas pula berkawan di antara lelaki dan perempuan. Sistem pendidikan pondok tidak sebegitu coraknya. Segala ragam mereka dipantau oleh guru (syaikh).

Kesimpulannya, masyarakat madani amat perlu kepada perancangbentuk dan pendidikan persekitaran yang sesuai dengan kehendak Islam dan masa. Islam bukan sahaja membentuk sistem ekonomi dan pendidikan, malah sistem sosial dan bernegara. Masyarakat madani mustahil dapat dizahirkan jika persekitaran fizikal dan manusiawinya tidak madani (hapuskan pusat judi, pusat pelacuran, pusat hiburan, pusat pengeluaran arak). We are what we think.