KESATUAN DALAM KEYAKINAN (UNITE IN CONFORMITY)

Membina kesatuan Umat adalah antara matlamat agung. Memetik kata-kata Syaikh Al-Mubarakfuri dari kitab Ar Rahiq al Makhtum (Sejaran Kehidupan Nabi Muhammad saw):

"Masalah-masalah yang baginda hadapi dari kalangan para sahabat ialah masalah perbezaan suasana di antara Madinah dan Makkah. Di Makkah, mereka hidup bersatu dan mempunyai tujuan yang sama, biarpun petempatan mereka bertaburan, hidup tertindas dan tidak mempunyai apa-apa kuasa."

Perbezaan suasana itu ialah ketika peringkat awal dakwah makkiah, kekuasaan berada di tangan musuh Islam. Kandungan utama wahyu tidak menekankan kepada kesatuan dan perpaduan masyarakat. Tidak sebagaimana selepas itu, iaitu peringkat dakwah madaniyah (dimulai oleh peristiwa hijrah), hijrah menyatukan pelbagai puak menjadi satu (aus dan khazraj, muhajirin dan ansar) bernaung di bawah satu keyakinan iaitu Rasulullah sebagai pemimpin agung dan murabbi(pendidik), serta sahifah madinah yang dipersetujui sebagai piagam bersama (yang #1 di dunia).

Kesatuan yang berasaskan keyakinan tauhid dan ibadah kepada Allah (syahaadah) dan rukun2 Islam yg lima serta rukun iman yang enam diperkuatkan oleh keyakinan kepada kepimpinan (imamah) Rasulullah selaku ketua negara.

Selain itu kesatuan berdasarkan kepada keyakinan kepada teras ukhuwah (semangat persaudaraan, persahabatan, kekeluargaan) yg membina masyarakat yang bersatu padu, berkasih sayang, menjaga keselamatan pertahanan dan keamanan di bumi madinah yang mereka diami (peperangan sbg jalan terakhir) meyaksikan Islam terdaulat di sana.    

Firman Allah swt: "dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayaNya, menjadikan mereka bertambah iman (bertambah yakin), dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Al-Anfal 8:2)

Keyakinan ini dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat sehingga kewafatan baginda Rasul.

Suasana pada hari ini (akhir zaman) berbeza dari suasana pada awal kebangkitan Islam. Keyakinan umat Islam ibarat digoncang-goncang oleh suasana. Dunia ternanti-nanti ketibaan Dajjal yang bakal merosakkan suasana menjadi lebih buruk, sehingga ada yang menamakan diri mereka Anti-Christ. Tetapi umat Islam mesti tetap yakin dan berpegang teguh kepada ajaran Islam meskipun pada hari musuh Allah itu muncul. Moga Allah melindungi kita dari fitnah al-Masih Dajjal laknatullah.

Kita dihadapkan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Antara ujian dan dugaan umat hari ini ialah umat yang berpecah dan mengembalikan kedaulatan  Islam ke tempat asalnya. Perjuangan ini menuntut kesabaran yang tinggi bagi para pendokong. Jika tiada keyakinan dalam hal ini, maka tiadalah kesatuan dan matlamat yang kita impi-impikan. KESATUAN DALAM KEYAKINAN::