MEMBUMIKAN PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA

Apakah yg dikatakan membumikan perjuangan? Sesuatu perjuangan itu dipandang terlalu tinggi dan jika tidak membumi. Jadi kita mesti berusaha untuk membumikannya. Salah satu cara ialah mencari kaedah atau tema yg bersesuaian. Antara tema biasa: Al-Islam. Bagaimana membumikan perjuangan Islam? Bila menyebut Islam, kita teringat nabi Kita yg membawa risalah islam iaitu Naabi Muhammad. Baaginda membumikan perjuangan Islam. Jika kita merujuk kepada Sirah Nabi, pada peringkat awal Islam disampaikan secara senyap-senyap. Selepas 3 tahun, barulah Islam disebarkan secara terang-terangan. Nabi menyampaikan ajaran Islam iaitu supaya beriman kepada Allah. Ini adalah asas tauhid. Nabi meminta keluarga dan sahabatnya meninggalkan tradisi meyembah berhala kepada menyembah Allah yang Maha Esa. Cara Rasulullah membumikan perjuangan ini ialah dengan menjelaskan hakikat kewujudan Allah dan perlunya manusia mengabdikan diri kepadaNya. Ini terkandung dalam pensaksian dua kalimah syahadah: Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Pensaksian ini menggambarkan falsafah hubungan dengan Allah (Hablum minAllah) dan hubungan dengan manusia (Hablum minan nas). Pokok perjuangan Rasulullah ialah dakwah supaya manusia mentauhidkan Allah.

Umat Islam pada hari ini haruslah mengambil ibrah daripada pelajaran ini. Kita selayaknya sebagai hamba Allah hendaklah menyambung risalah perjuangan nabi supaya manusia mentauhidkan Allah. Betapa ramai orang kafir diluar sana yang belum mendapat maklumat tentang ajaran Islam yang sebenar. Kajian terperinci boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas bukan Islam tentang agama Islam, disamping berdakwah kepada mereka. Terdapat sebilangan metodologi atau cara pendekatan yang boleh digunakan untuk berdakwah, antaranya ialah menerusi pengajian talaqqi (secara langsung), atau menerusi media elektronik (televisyen, radio dan internet) atau menerusi media bercetak (buku, majalah, akhbar dan sebagainya). Sepanjang pemerhatian saya terhadap perkembangan dakwah semasa Islam kepada non- Muslim di Malaysia, saya dapati rakyat kurang memberi perhatian kerana mungkin beranggapan bahawa tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim terletak di atas bahu ustaz-ustaz, ulama dan institusi seperti YADIM, JAKIM, PERKIM dan sebagainya. Kemungkinan ini memerlukan kajian lebih lanjut jika mahu disahkan sebagai penyebab mengapa rakyat Malaysia kurang mementingkan dakwah Islam terhadap bukan Islam. Menurut perangkaan, pada tahun 2005, jumlah umat Islam di Malaysia ialah seramai 14,467,694 (60.4%) dari 23,953,136 orang. Bermakna 29.6% bukan Islam. Hampir 30% menganut agama selain Islam. Alhamdulillah, jumlah ini boleh dibanggakan walaupun jumlah bukan Islam masih lagi besar mencecah 9 juta orang dari kesemua populasi rakyat Malaysia.

Tiada paksaan dalam beragama. Islam tidak memaksa orang lain untuk menganut agama Islam tanpa kerelaan hati atau dengan kata lain meletakkan pisau di tengkuk sebagai syarat menerima Islam. Sungguhpun begitu, ajaran agama Islam supaya manusia beriman kepada Allah hendaklah disampaikan tanpa tekanan dari mana-mana pihak tetapi demi menyelamatkan manusia dari siksa api neraka di akhirat kelak dan melihat kekuatan dari jumlah umat Islam yang ramai. Nabi amat berbangga dengan jumlah umat Islam yang ramai (dan berkualiti). Alangkah indahnya jika semua manusia patuh kepada ajaran Islam selepas menerima kesenangan dan rahmat Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Tidak mustahil jika kena cara dan izin Allah (INSYAALLAH), seluruh rakyat Malaysia akan beriman kepada Allah sebagaimana keseluruhan rakyat di negara Arab Saudi (yang ketika dahulu amat jahil dan hidup dalam suasana jahiliyah; menyembah berhala). Ke arah membumikan perjuangan Islam di Malaysia!