Sejak akhir-akhir ini, isu integriti hangat kembali
diperkatakan. Walaupun istilah integriti ini telah lama muncul , tapi secara
rasminya di malaysia, ia disebut-sebut oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, semasa
beliau menjadi PM. Walaupun masa pemerintahannya singkat iaitu 5 tahun, beliau
telah memikirkan dan melahirkan idea mengenai Pelan Integriti Nasional. Tetapi
sejauh mana pelaksanaan, dan sejauh mana pengamalan, dalam kata lain, sejauh
mana berintegritinya rakyat Malaysia, terutama para penjawat awam. Tidak kira
penjawat awam atau swasta, integriti adalah nilai yang baik yang harus ada pada
setiap warga Malaysia tak kira muda atau tua, kecil atau besar, kaya atau
miskin.
Saya suka membawa para pembaca sama-sama “rethinking” mengenai
integriti ini, dan memperkatakan kembali mengenai isu yang agak terpinggir ini,
ke arah memekarkan kembali perjalanan hidup kita sebagai manusia dan hamba
Allah. Dalam Islam, kita wajib memupuk akhlak mulia dan nilai murni dalam
kehidupan, lebih-lebih lagi kalau kita seorang penjawat awam. Sebagai salah
seorang anggota masyarakat, atau diibaratkan sebagai butir pasir yang
mengukuhkan suatu binaan, adalah menjadi kewajipan kepada kita bertanggungjawab
dan berdisiplin ketika bekerja. Kita harus mematuhi peraturan di tempat kerja,
saling hormat-menghormati,saling bantu-membantu, bekerjasama dan bersemangat
sebagai satu pasukan (esprit de corp), berbudi bahasa, mengutamakan kebajikan
rakan sekerja, menyampaikan ilmu pengetahuan, mengambil berat seperti saling
bertanya khabar, saling nasihat-menasihati, menziarahi ketika sakit dan
sebagainya.
Integriti penjawat awam satu hal yang perlu difikirkan.
Bagaimana pula integriti sebagai penjawat swasta? Cukup berakhlakkah kita
dengan pelanggan? Adakah kita mengutamakan kehendak pelanggan (pasaran) atau
sebaliknya? Tetapi kalau mengutamakan kehendak pelanggan pun janganlah sampai
menggadai maruah dan tatasusila kehidupan. Orang “offer” rasuah, kita ambil.
Orang beri betis nak peha. Fikirkan hak orang lain juga. Orang di negara maju
tidak memandang itu semua sebab ia menyalahi undang-undang (kepatuhan orang
maju terhadap undang-undang sangat tinggi),tetapi merit dan peluang.
Bagaimana integriti sebagai ibu-bapa? Adakah para ibu-bapa
cukup berintegriti dengan anak-anak? Adakah masih ada di kalangan ibu bapa yang
meludah ditempat awam , merokok di depan anak-anak, bercakap kasar kepada orang
tua, anak dan isteri. Ini tentu memberi contoh yang buruk yang tidak wajar
diteladani oleh anak-anak. Kita dengan mudah kata “yang baik tiru, yang tak
baik jangan tiru” depan anak-anak. Ibubapa dalam role model kepada anak-anak. “Art of living” kena
pandai, barulah tidak dikatakan “seperti ibu ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul.” Ibubapa kena pandai ilmu taksir, sebab pepatah mengatakan “
bapa borek anak rintik.” Jangan pula “guru kencing berdiri, murid kencing
berlari.” Menyesal kemudian tak berguna. “Dah terhantuk baru nak tengadah.”
Dalam soal agama pula, ibu bapa perlu memberi contoh persekitaran yang baik seperti rajin solat
bila masuk waktunya. Dengan cara ini, secara tidak langsung, ia mendidik
anak-anak patuh kepada ajaran agama, seawal kanak-kanak, sehinggakan kepatuhan
mereka kepada Allah, dalam menunaikan kewajipan solat, bila meningkat remaja
kelak tidak perlu dipantau lagi. Secara automatis, bila azan berkumandang,
ingatan pada solat. “Ibadat didahulukan, solat diutamakan.” Dengan cara ini,
secara perlahan-lahan, individu tidak lagi berfikiran terlalu liberal
(liber=bebas), sehingga kewajipan solat diremeh-remehkan, begitu juga kewajipan
menutup aurat. Soal solat dan aurat adalah asas dalam Islam. “Fail” individu
ketika di dunia soal solat dan aurat, maka “fail” juga di akhirat. Ini kita
tidak mahu dan cuba menghindarkan bersama-sama. Siksaan kubur dan api neraka sentiasa
dekat dengan orang yang mencuaikan kewajipan solat dan aurat. Integriti, akhlak
mulia dan nilai murni berkait rapat dengan akhirat.
Nabi pernah ditanya perihal orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (HR Tirmidzi)
Saya tak ingin memperpanjangkan bicara mengenai solat dan aurat. Saya anggap semua orang
sudah “tahu”, tinggal lagi samaada kita semua “faham”, “boleh buat” atau “boleh buat
dengan beradab” atau “boleh buat dengan beradab mithali.” (Terima kasih Encik
Rohesan dari KPM atas taklimat dan pencerahan mengenai KSSR).
Sekian dahulu coretan ringkas. Berjumpa lagi di lain
kesempatan