Bismillahirrohmanirrohim, Assolatu wassalam ala Rasulillah
waman waalah,
Amma Ba’d,..
Dengan Nama Allah yang Maha Sejahtera (As-Salam). Tuhan yang
mengutuskan Rasulullah saw sebagai hamba penyelamat (Abdus Salam). Nabi dan
Rasul yang membawa Rahmat Kebaikan dan Keselamatan kepada umat sepanjang zaman
bermula dari zamannya dan Sahabat (Companions), tabi’in (followers),
tabi’tabi’in(follower of the followers) sehinggalah zaman kita (khalaf). Sabda
Rasulullah: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian selepas itu, kemudian
selepas itu.”
Merekalah yang membawa panji Islam yang mensejahterakan sekalian
alam, bahkan Islam bermaksud “sejahtera” atau “selamat”. Segala ajaran Islam
terkandung dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah itu telah memberikan panduan
kepada kita ke arah jalan yang baik, selamat dan sejahtera. Alhamdulillah.
Maka benarlah sabda Rasulullah saw itu, di mana nilai-nilai
Islam yang terkandung dalam ajaran Islam itu telah disampaikan. Tinggal sahaja
usaha kita untuk menghayati makna dan melaksanakan ajaran tersebut. Rasulullah saw
tidak meninggalkan kepada kita harta material, sebaliknya “harta” yang berupa
wahyu yang suci yang telah dihidangkan kepada kita, seterusnya naskhah-naskhah
dicetak dan dibaca dengan begitu meluas. Sabda Nabi: “Aku tinggalkan kepada
kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada keduanya
iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnahku.”
Sepertimana yang telah dijelaskan, Islam bererti selamat
sejahtera. Umat mengucapkan salam selamat sejahtera dan membalas ucapan salam
dengan ucapan salam juga (alaikumussalam), atau yang lebih baik (waalaikumussalam
warahmatullah) seperti yang masyhur dalam hadis mengenai fadhilat (kelebihan)
memberi dan menjawab salam. Antara kelebihan ialah mendapat pahala menghidupkan
sunnah, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan serta mengeratkan hubungan
silaturrahim. Memberi salam adalah wajib
sementara menjawab adalah sunat. Alhamdulillah, pada hari ini, ucapan salam
telah menjadi budaya yang baik yang diamalkan oleh umat Islam samaada secara
lisan atau tulisan. Media elektronik juga tidak ketinggalan membudayakan ucapan
salam, adalah lebih baik jika kita menjawabnya, kerana ucapan itu ditujukan
kepada kita sebagai khalayak.
Adapun khalayak yang bukan beragama Islam, mereka
mengamalkan ucapan yang baik seperti “Good Morning” yang bererti selamat pagi,
atau “Good Night” yang bererti selamat malam. Kesemua ucapan ini adalah doa
yang baik dan elok diamalkan oleh manusia. Tetapi sebaik-baik ucapan dan doa ialah
salam “Assalamualaikum” kerana menghidupkan sunnah. Demikian diajarkan oleh
Rasulullah saw (peace be upon him), para Salafus Soleh (Orang dahulu yang baik2
yg terdiri dari Rasulullah saw dan Sahabat ra) serta para khalaf (Orang
kebelakangan). Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, para keluarganya dan
Sahabat ra..
Kita sedang berada di zaman moden, zaman di mana Rasulullah
saw dan Sahabat ra telah lama meninggalkan kita. Akan tetapi, sementara keberadaan
hidup ini kita masih berpeluang untuk “menghidupkan” semula zaman tersebut dari
segi amalan dan penghayatan kerana “harta” yang Rasulullah saw tinggalkan
kepada kita iaitu Kitabullah dan Sunnah masih ada, maka gunakanlah “harta”
tersebut sebaik-baiknya. “Harta”
tersebut diturunkan dan dijaga oleh Allah dan ianya perlu menjadi khazanah yang
disayangi. Umat lain sebelum Islam juga
mendapat “harta” tetapi “harta” tersebut telah dirosakkan oleh tangan-tangan
mereka. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan
yang benar.
Islam amat menitikberatkan umatnya supaya mencari jalan yang
“baik” (good) dan jalan yang “selamat” (peace). Jika kebaikan mendapat tempat
dan kesukaan umat, maka umat itu akan sentiasa berada dalam daerah kebaikan
(darul khair), dan jika keselamatan mendapat tempat dan kesukaan umat, maka
umat itu akan sentiasa berada dalam keadaan selamat, dan menuju ke daerah
keselamatan (Darus Salam). Kita disyorkan supaya sentiasa bermohon kepada Allah
agar ditempat kan di dalam daerah keselamatan di dunia dan di akhirat. “Ya
Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, dan dari Engkau kesejahteraan, dan kepada
Engkau tempat kembalinya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan sejahtera,
dan masukkanlah kami ke dalam syurga Darus Salam.”
Allahumma antas salam, waminkas salam, wailaika ya’udus
salam, fahayyina robbana bissalam, wa adkhilnal jannata Darus Salam.
Tujuan Islam menganjurkan kebaikan ialah supaya umat
mendapat manfaat yang besar. Umat akan
diserapi sifat-sifat atau prinsip yang baik dan suka berbuat baik seperti
kepada ibu bapa, jiran tetangga, saudara-mara, kenalan, dan lain-lain yang
dikenali atau tidak dikenali. Dari situ diharapkan akan lahir suasana yang baik
(biah solehah), pemimpin yang baik, rakyat yang baik, masyarakat yang baik,
ummah yang baik, negara yang baik dan dunia yang baik. Firman Allah: “Wahai
Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
serta jauhkanlah kami dari api neraka.” Ini seharusnya menjadi visi dan misi hidup
kita di dunia ini selain beribadah kepada Allah. Firman Allah: “Tidak Aku
jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu.” Demi kemaslahatan diri perbanyakkanlah
beribadah kepada Allah dengan amal soleh, dan demi kemaslahatan ummah
perbanyakkanlah berbuat kebajikan.
Manakala tujuan Islam menganjurkan keselamatan ialah supaya
keamanan (peace) dan kebahagiaan (happiness) dapat dikecapi. “Keselamatan” adalah satu agenda Islam yang besar kerana matlamat agenda tersebut ialah
keberhasilan dan pencapaian untuk mendapat ketenangan (mut’mainnah) yang hakiki
di dunia dan akhirat. Moga kita dimasukkan ke dalam syurga Darus Salam dan
selamat dari nyalaan api neraka.
Sekian, terima kasih kerana membaca.